Famili

Budak Lelaki 11 Tahun Mati Secara Tragis, Diliwat Empat Beradik Lelaki & Dijangkiti HIV

220
SHARES

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun, meninggal dunia secara tragis selepas mangsa dilaporkan berulang kali diliwat oleh empat beradik lelaki yang dijangkiti virus kurang daya tahan (HIV), lapor Daily Star kelmarin.

Jenayah ‘jijik’ yang berlaku di Bolivia ini dilakukan oleh pelaku yang merupakan pembawa HIV, yang berumur 15, 17, 23 dan 28 tahun.

Baca juga: Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Ketika Cuba Selamatkan Ibu Dari Ditikam & Diangkat Sebagai Hero

BUDAK LELAKI 11 TAHUN MATI SECARA TRAGIS, DILIWAT EMPAT BERADIK LELAKI & DIJANGKITI HIV

Gambar hiasan: TheAsianParent

Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan koma dan mengalami dua serangan jantung pada Sabtu (11 Jun) lalu sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital di Santa Cruz.

Kes jenayah itu mula mendapat perhatian umum seminggu lalu, apabila ibu mangsa menggesa tindakan diambil terhadap kesemua suspek yang terlibat.

Ibu bapa mangsa turut mendedahkan, bahawa anaknya telah didera secara seksual selama lebih dua tahun, lapor Daily Mail.

Mangsa menceritakan pengalaman ‘gelap’ itu kepada ibu bapanya, apabila mendapati dirinya dijangkiti HIV pada tahun lepas. Sejurus mangsa mengenali suspek, ibu bapanya segera ambil tindakan melaporkan jenayah itu kepada pihak polis.

Penduduk di Bolivia bersatu menjadi pengawal selepas seorang budak lelaki maut akibat beberapa serangan seks.

Media melaporkan, seorang suspek telah meninggal dunia pada tahun lalu akibat HIV yang merupakan anak sulung daripada empat beradik terbabit.

Salah seorang daripada mereka telah dihantar ke penjara Palmola selepas dibelasah orang awam yang berang. Sementara itu, suspek lain yang merupakan pesalah bawah umur telah didakwa di mahkamah juvana dan akan dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan.

Manakala, seorang lagi daripada mereka dipercayai telah melarikan diri ke Chile.

Berikutan berita kematian kanak-kanak itu, Presiden Bolivia Luis Arce, mengecam kesemua suspek dan berkata, pelaku perlu diberikan hukuman yang sewajarnya di atas kejadian tragis tersebut.

“Sukar untuk dibayangkan, bahawa terlalu banyak perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya menerusi media sosial.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×