Famili

Ibu Bapa Perlu Sokong Minat Anak-Anak Untuk Memastikan Kejayaan Mereka Di Masa Hadapan

326
SHARES

Semua ibu bapa pastinya mahukan anak mereka berjaya di dalam kehidupan. Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang penting untuk membentuk kehidupan mereka.

Minda anak-anak ni ibarat kain putih di mana ibu bapa memainkan peranan untuk membantu mencorakkan warna lukisan tersebut dengan memupuk dan mengajar budaya tradisi yang bermanfaat ke dalam diri anak-anak bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.. 

Jadi sebagai Ibu bapa, apakah yang boleh kita lakukan untuk memastikan anak-anak kita berada di dalam landasan yang betul untuk berjaya di dalam kehidupan? 

1. Meneroka Minat dan Cita-Cita Anak Sedari Kecil

Sebagai Ibu bapa, kita perlu mendedahkan anak-anak kita kepada pelbagai perkara yang bersesuaian sedari kecil lagi untuk memastikan pertumbuhan daya pemikiran mereka.

Pendedahan pada tahap awal sudah semestinya dapat membantu menerapkan minat anak-anak kepada pelbagai aktiviti yang dapat membuatkan mereka aktif. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mendedahkan anak-anak mereka dengan aktiviti seperti mewarna, bermain alat muzik ataupun bersukan.

2. Menyediakan Peluang untuk Anak-Anak Mengembangkan Minat dan Bakat

Anak-anak kita semestinya akan gembira jika ibu bapa turut sama membantu dan menyokong minat mereka. Jika anak kita berminat dalam bidang seni, mungkin kita boleh membantu mereka dengan membeli alat muzik kegemaran mereka ataupun mendaftarkan mereka ke kelas muzik untuk mengasah lagi bakat mereka.

Jika anak kita suka bersukan misalnya, mungkin kita boleh daftarkan mereka untuk menyertai kem latihan untuk memberikan mereka lebih pendedahan. 

Mana tahu, satu hari nanti anak-anak dapat membina kerjaya yang cemerlang dengan minat yang diterap sejak kecil.

3. Menyediakan Dana Yang Cukup untuk Membantu Anak-Anak Mencapai Impian Mereka

Seperti yang kita sedia maklum, impian dan kejayaan boleh dikecapi dengan asas pendidikan yang baik. Namun, kos untuk menyambung pengajian pula bukannya murah, lebih-lebih lagi jika kita mahu anak kita belajar di pusat pengajian yang berkualiti dan diiktiraf. 

Jadi sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah ini? Sudah semestinya kita perlu mula menyimpan untuk masa depan anak-anak kita.

IKHLAS ILHAMKU, INSPIRASI MASA DEPAN ANAK KU

Bagi membantu ibu bapa dalam menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak, Takaful IKHLAS memperkenalkan pelan simpanan pendidikan, IKHLAS Ilhamku.  

Pelan IKHLAS Ilhamku ni dikhususkan khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 10 tahun. Lagi awal anda menyimpan untuk anak anda, lagi banyaklah dana simpanan yang terkumpul.

APA MANFAAT PELAN IKHLAS ILHAMKU NI

Yang bestnya, pelan IKHLAS Ilhamku ini memberikan ganjaran jika anak-anak anda cemerlang dalam bidang akademik, sukan, muzik dan juga pengajian berkaitan Al-Quran seperti Tilawah dan Hafazan. 

Wow! Best kan? Makin bersemangatlah anak-anak kita nak mencuba menjadi yang terbaik. 

Selain itu, dengan pelan IKHLAS Ilhamku, anda akan diberikan Pembayaran Khas bagi membantu dari segi kewangan dalam menyediakan sebarang keperluan sekolah ketika anak-anak memasuki alam sekolah menengah. Pembayaran Nilai Dana juga disediakan untuk menampung keperluan pembelajaran apabila mereka memasuki dunia pengajian tinggi.

Sedikit sebanyak Pembayaran Khas dan Pembayaran Nilai Dana ni boleh la bantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan yang secukupnya kepada anak-anak mereka. 

Bukan itu sahaja, ada lagi tau!

Ibu bapa pun boleh menambah manfaat tambahan yang lain yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS bersama pelan pendidikan ini untuk menambah perlindungan terhadap anak-anak seperti:

  • Child CI Rider
  • Cancer Rider
  • Hospital income Rider
  • Total and Permanent Disability (TPD) Rider

Kalau ibu bapa nak tambah perlindungan takaful terhadap diri sendiri pun boleh. Manfaat tambahan yang anda boleh tambah kepada perlindungan anda adalah seperti berikut:

  • Payor Rider
  • Simple Payor Rider
  • Payor Term Rider

Selain menyediakan perlindungan Takaful, Takaful IKHLAS juga menyediakan platform untuk ibu bapa beramal semasa hidup dengan menderma secara bulanan melalui IKHLAS Rider. Bantuan ini akan digunakan untuk membantu masyarakat melalui aktiviti-aktiviti amal. 

Dengan pelan IKHLAS Ilhamku daripada Takaful IKHLAS, anda dah boleh menarik nafas lega memandangkan persediaan untuk masa hadapan anak-anak dah terancang.

Jadi tunggu apa lagi, jom apply pelan pendidikan IKHLAS Ilhamku dengan menghubungi Wakil Perunding Takaful IKHLAS atau layari laman sesawang ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×