Famili

Ibu Bapa Kongsi Perubahan Positif Anak Mereka Selepas Jalani Program PediaSure Grow to Great™

2
SHARES

Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod terakhir program PediaSure Grow to Great™ pada Sabtu, 1 Oktober, jam 7 malam di TV3.

Sarat dengan pelbagai aksi dan ragam pemain muda bola sepak negara, program PediaSure Grow to Great™ mengisahkan tentang 15 pemain muda sukan bola sepak yang dilatih oleh jurulatih Rudie Ramli, bekas pemain bola sepak negara untuk menjadikan mereka pemain bola sepak berjaya generasi seterusnya.

Ibu bapa puas hati lihat pertumbuhan badan, perkembangan skill & stamina anak mereka.

Tidak hanya fokus kepada latihan bola sepak, melalui program PediaSure Grow to Great™ peserta juga didedahkan mengenai kepentingan pengambilan makanan bernutrisi dengan cara yang betul bagi menyokong pertumbuhan tubuh badan mereka sekaligus, menyumbang kepada peningkatan prestasi.

Hal ini kerana, pengambilan makanan yang tepat membantu pertumbuhan otot, ketinggian dan menjaga sistem imunisasi kanak-kanak.

Program latihan yang berlangsung selama 6 minggu ini, menerima banyak reaksi positif daripada ibu bapa peserta apabila mereka sendiri menyaksikan perubahan dan peningkatan prestasi permainan dan kesihatan tubuh badan anak-anak mereka.

Ye la, sepanjang program berlangsung, diet pemakanan peserta dipantau oleh Abbot dan pakar nutrisi bertauliah dengan menyediakan menu bernutrisi. Peserta juga ada akses bebas ke bilik pantri yang dipenuhi dengan pelbagai maklumat kesihatan selain, produk PediaSure.

Saya gembira lihat perubahan positif Hazeeq – Mohd Haneef

Menyaksikan perubahan yang ketara pada perkembangan permainan anaknya, Encik Mohd Haneef Bin Ahmad, 40, bapa kepada Muhammad Hazeeq bin Mohd Haneef, 13, sangat berpuas hati dengan hasil program latihan PediaSure Grow to Great™.

“Setelah menjalani latihan ini, anak saya lebih yakin, bersemangat dan fokus ketika berada dalam padang. Program PediaSure Grow to Great™ meningkatkan keyakinan anak-anak dalam pelbagai aspek dan memberi peluang dan semangat kepada mereka untuk pergi lebih jauh dalam arena sukan bola sepak”.

“Bukan itu sahaja, sejak minum susu PediaSure ni, selera anak saya menjadi lebih baik. Perubahan lain yang saya dapat lihat..iaitu pada ketinggiannya yang meningkat dan staminanya lebih cergas.”

Nampak bertenaga dan semangat di atas padang – Muhamad Bin Md Isa

Encik Muhamad Bin Md Isa, 44, bapa kepada Muhamad Al-Mudzil Ibtisam bin Muhamad, 12, pula berpendapat program PediaSure Grow to Great™ bagus untuk pembangunan bola sepak di negara dan membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak menyerlahkan potensi diri mereka selayaknya.

Peserta diajar teknik meningkatkan stamina, skill permainan dan keyakinan pada diri mereka pun semakin meningkat. Tidak hanya bertenaga, mereka juga lebih bersemangat ketika berada diatas padang.

Disamping itu, pengambilan nutrisi penting untuk anak-anak bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan fizikal dan mental.

“Antara perubahan dari segi fizikal, saya nampak ada perubahan ketinggian dan pada kanak-kanak, who doesn’t have appetite to eat, the best solution is take PediaSure to increase in term of weight and height. Tambahnya lagi setelah melihat perubahan yang dialami oleh Mudzil.”

Selera makan Aiman semakin baik, stamina dan skill permainan juga ada banyak perubahan – Abu Hassan

“Tidak dinafikan apabila menjalani program latihan PediaSure Grow to Great™ saya dapat melihatkan banyak perubahan yang positif ke atas anak saya sepanjang menyertai program ini terutama daripada aspek pertambahan selera makan, stamina, skill dan keyakinan diri yang semakin meningkat.”

“Namun, terdapat perubahan yang ketara dari segi ketinggian, stamina dan selera makan anak saya selepas mengamalkan minum susu PediaSure. Aiman lebih fokus dalam permainan di padang,” ceritanya penuh ceria.

Menurut bapa kepada Muhammad Aiman Haziq bin Abu Hassan, 13 melalui PediaSure Grow to Great™ dirinya menyedari bahawa pengambilan nutrisi terutama susu penting dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak di dalam bidang sukan.

Anak saya menjadi lebih yakin! – Mohd Hariz

Melihat perkembangan fizikal dan mental anaknya Encik Mohd Hariz bin Mohd Rousdin, 39, bapa kepada Aryan Hariz, 11, kagum dengan latihan yang telah dijalani anaknya.

“Program PediaSure Grow to Great™ sangat bagus dan positif. Program ini telah membantu anak saya Aryan Hariz menjadi lebih yakin dalam kehidupan dan permainan bola dia. “

Tidak hanya mengalami perubahan dari aspek keyakinan dalam padang, Aryan juga mengalami perubahan ketinggian selain lebih bertenaga dalam permainan bola sepak.

“Alhamdulillah nampak pertambahan anak saya Aryan Hariz dari segi pertambahan ketinggian & stamina di atas padang bola selepas pengambilan PediaSure.”

Tambah Encik Mohd Hariz, Pembesaran kanak-kanak pada ketika usia 10-15 tahun adalah sangat sangat penting. PediaSure mengandungi nutrisi lengkap untuk pembesaran kanak-kanak. Dengan pengambilan 2 sudu susu PediaSure setiap hari sememangnya dapat membantu anak saya Aryan Hariz dengan pembesarannya.

“Saya sangat-sangat bersyukur anak saya Aryan Hariz terpilih untuk menyertai program ini daripada ramai yang hadir pemilihan. Pada pandangan saya program ini telah mencapai matlamatnya.”

Danish lebih pantas dan cergas – Mohd Rodin

Bagi ibu bapa kepada Amir Danish bin Mohd Rodin,13, Encik Mohd Rodin Bin Che Ghani, 57 & Puan Raziah Binti Kassim, 47 mengakui program PediaSure Grow to Great™ adalah program yang sangat baik dan dapat melihat banyak perubahan positif dari segi fizikal serta mental.

“Ketinggian anak kami semakin bertambah, dari segi mental pula anak semakin fokus dan ada keyakinan diri serta aktif dan bertenaga. Dari segi skill permainan pula dia kelihatan lebih pantas dan cergas ketika berada di dalam padang, ditambah pula dengan tunjuk ajar oleh coach semasa menyertai program PediaSure Grow to Great™.”

“Banyak juga yang telah kami pelajari dari segi pengambilan nutrisi yang cukup dan banyak dapat membantu anak kami dari segi fizikal dan mental serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi terima kasih kerana menganjurkan program yang bermanfaat ini.”

Encik Rudi Ramli, Ketua Jurulatih program PediaSure Grow to Great™ juga sempat berkongsi pandangan dan harapan beliau mengenai program ini.

Beliau berharap segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang 6 minggu program berlangsung digunakan sebaiknya untuk mempertajam skill dan stamina peserta. Latihan juga harus konsisten kerana dirinya percaya peserta-peserta program ini memiliki potensi menjadi pemain bola sepak masa hadapan bagi pasukan negeri mahu pun negara.

Kesihatan diri, diet pemakanan dan disiplin juga perlu dijaga  kerana setiap pemain memiliki target dan impian tersendiri dan sebenarnya tidak mudah untuk menjadi pemain bola sepak.

“Dalam program ini, peserta memiliki latar belakang, umur, kemahiran dan stamina yang berbeza. Semuanya tak perfect, namun kita berusaha melatih mereka sebaiknya.”

“Setiap pagi pemain akan minum susu PediaSure, ini memberikan mereka nutrisi yang lengkap dan seimbang serta dalam masa yang sama membekalkan tenaga supaya peserta dapat bermain pada prestasi terbaik disamping menjaga pertumbuhan tubuh badan mereka. Kami, selaku jurulatih berharap pemain kekal berdisiplin dan menjaga kesihatan diri mereka kerana perjalanan mereka masih jauh”.

PediaSure komited untuk membantu tumbesaran tubuh kanak-kanak dengan bantuan sains makanan!

PediaSure mengandungi 38 nutrien penting seperti Arginina dan Vitamin K2 semula jadi serta bebas gula tambahan seperti sukrosa¹. PediaSure sentiasa komited untuk mengatasi masalah kebantutan tumbesaran tubuh kanak-kanak.

PediaSure adalah suplemen kanak-kanak yang lengkap dan seimbang dan terbukti secara saintifik untuk tumbesaran 50% lebih cepat².

Lagipun, menurut laporan National Health and Morbidity Survey 2019³, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia yang berusia 5 tahun ke bawah mengalami masalah bantut dan ketinggian remaja Malaysia kurang 6cm berbanding remaja diseluruh dunia.

Jadi, pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang pada usia muda penting bagi membantu mencegah masalah bantut terus berlaku.

PediaSure 10+ dirumus khas untuk remaja 10-15 tahun

PediaSure 10+ adalah nutrisi lengkap dan seimbang pertama yang dirumus khas untuk remaja 10-15 tahun. Ianya mengandungi ‘triple growth sytem untuk meningkatkan ketinggian, tenaga & menyokong fungsi imun untuk remaja 10-15 tahun untuk mengejar peluang pertumbuhan terakhir4.

Justeru itu, pastikan anda tonton episod terakhir program PediaSure Grow to Great™ pada hari Sabtu ini, 1 Oktober, jam 7 malam di TV3. Saksikan sendiri perkembangan 15 pemain muda bola sepak  bersama-sama PediaSure 10+.

Layari https://pediasuregrowtogreat.com.my untuk maklumat lanjut berkaitan program ini.

Rujukan:

  1.  Alarcon PA, et al. Clin Pediatr (Philia). 2003;42(3):2019-17. 50% based on calculated value.
  2. Van Vught AJ et al. Br J Nutr (2013), 109, 1031-1039. Dietary arginine and linear growth: the Copenhagen school child intervention study
  3.  National Health and Morbidity Survey, 2019.
  4. Van Summeren MJ et al. Br J Nutr (2008), 100, 852-858. Vitamin K status is associated with childhood bone mineral content.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×