Nur

Hukum Potong Kuku & Rambut Bagi Peserta Ibadah Korban, Ini Penjelasan Mufti WP

17
SHARES

Bagi anda yang tidak tahu, tarikh akhir untuk memotong rambut dan kuku untuk yang menyertai ibadah korban tahun ini ialah Maghrib 29 Zulkaedah. Ini bermakna bermula 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah anda tidak boleh memotong kuku.

Bagi anda yang tertanya mengapa dan apa hukumnya jika memotong kuku apabila tiba 1 Zulhijjah, mari ikuti pencerahan yang dipetik daripada Irsyad Fatwa Khas Haji & Korban di bawah ini.

Baca juga: Larangan Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000

HUKUM POTONG KUKU & RAMBUT BAGI PESERTA IBADAH KORBAN

SOALAN:

Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah. Sejauh manakah kebenaran anjuran ini?

JAWAPAN:

Daripada Ummu Salamah r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.” (HR Muslim, hadis sahih)

– Buat semua peserta ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah ibadah korban anda selesai dilakukan.

– Ini seperti mana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.

Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain. Wallahua’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×