Inspirasi

Hidap Leukimia Pada Umur 4 Tahun, Bakat Kanak-Kanak Ini Pukau Juri America’s Got Talent!

298
SHARES

Pastinya sudah ramai yang menjadi peminat tegar bagi salah satu rancangan realiti paling popular di Hollywood, Amerika Syarikat iaitu America’s Got Talent. Apa yang menariknya adalah rancangan ini memaparkan pelbagai bakat menarik dari seluruh negeri di Amerika dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai.

Semestinya banyak bakat yang telah dipaparkan dan mendapat perhatian juri termasuklah mendapat Golden Buzzer. Golden Buzzer adalah apa yang dinanti-nantikan oleh setiap peserta kerana mereka akan layak terus ke peringkat Live Shows tanpa perlu mengharungi saringan ujibakat kedua.

KANAK-KANAK UMUR 11 TAHUN TARIK PERHATIAN

Apa yang menariknya dalam sesi ujibakat yang terbaharu adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun iaitu Tyler Butler- Figueroa dari North Carolina. Memaparkan bakat sebagai seorang violinist cilik, Tyler mula berjinak-jinak dengan bermain violin sejak berumur 7 tahun. Rupa-rupanya, Tyler mula bermain violin kerana beliau selalu dibuli di sekolah.

Beliau mempamerkan aksi bermain violin diiringi lagu Stronger dari Kelly Clarkson.

KANSER LEUKIMIA PADA UMUR 4 TAHUN

Apa yang membuatkan ramai penonton berasa sebak dan terkejut apabila Tyler sendiri memberitahu bahawa beliau pernah didiagnos dengan kanser leukimia pada umur 4 tahun dan penyakit ini pernah meragut nyawanya. Semasa menjalami proses kimoterapi, rambut Tyler mengalami keguguran dan beliau selalu diejek di sekolah kerana kelihatan berbeza.

Oleh itu, Tyler mula tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan di sekolahnya iaitu belajar main violin supaya dapat kekal positif semasa mengharungi kanser. Ternyata bakat bermain violin Tyler adalah luar biasa dan mendapat Golden Buzzer dari Simon Cowell!

*Memang sebak bila tengok video ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×