Kesihatan dan nutrisi anak-anak sangat penting. Pemakanan untuk anak kecil berusia setahun ke bawah perlu dititikberatkan kerana usus masih tidak berapa matang untuk menerima makan secara berlebihan. Selain jajan, pemberian timun juga perlu lebih berhati-hati kerana sistem penghadaman mereka tidak sama seperti orang dewasa dan hal ini akan menyebabkan anak tidak sihat dan beberapa sakit lain.
Baca juga: Ubat Batuk & Selsema Bukan Untuk Anak Bawah Usia 2 Tahun, Bahaya!
HATI-HATI BILA NAK BAGI ANAK MAKAN TIMUN, INI SEBABNYA
Ikuti perkongsian seorang doktor bernama Mazliana Mazlan yang menceritakan tentang bahayanya pemberian timun secara berlebihan terhadap anak.
Rasa dulu timun yang kita potong sebelum bagi anak makan. Dalam timun, ada cucurbitacin. Cucurbitacin ni sejenis bahan semulajadi yang ada dalam timun. Dia lah yang beri rasa pahit pada timun.
Kalau kita bagi anak kecil makan timun yang tinggi kandungan cucurbitacin, akan ada risiko muntah, loya dan cirit-birit pada anak. Sistem penghadaman anak kecil, tak macam kita orang dewasa. Usus anak kecil bawah setahun belum matang dan susah nak hadam cucurbitacin.
Kita yang dewasa mungkin boleh bertahan. Tapi kalau kena kat anak-anak, takut risiko dihidrasi pulak sebab hilang banyak air dalam badan dari muntah dan cirit.
BUANG GETAH DULU, BARU BERI ANAK MAKAN
Waktu nak potong timun, potong dulu hujung timun atas dan bawah. Kemudian ambil bahagian yang dah potong tadi, gosok secara membulat, sampai keluar getah warna putih.
Getah yang mak kita selalu pesan suruh buang itu lah namanya cucurbitacin. Hebat kan orang lama, diorang taktahu nama saintifik apa pun, tapi petua diorang semua menjadi.
Cucurbitacin ni, walaupun tak berapa sesuai untuk anak kecil, tapi banyak khasiatnya untuk kita yang dewasa. Cucurbitacin bersifat anti inflamasi, anti kanser, serta bagus untuk mereka yang ada risiko pesakit jantung dan kencing manis.
Makanan itu ubat kan. Cuma kena hati-hati lebih sikit dengan sesetengah jenis makanan, supaya kita dapat maksimakan khasiatnya, dan juga elakkan kemudharatan.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan