Kini Trending

#HariWanitaSedunia: Ini 5 Filem Mengangkat Tema Wanita Wajib Anda Tonton!

21
SHARES

Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan buat semua insan yang bergelar wanita. Teruslah menjadi wanita kuat dan tabah dalam mendepani segala cabaran serta liku-liku kehidupan. Pelbagai ujian dilalui pada wanita era kini, sungguh hebat apabila tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia!

Sempena Hari Wanita Sedunia, apa kata anda semua ‘layan’ filem yang mengangkat tema wanita serta mendalami setiap keperitan dan kesedihan kaum Hawa lalui demi melawan penindasan ke atas diri sendiri.

Baca juga: 10 Puteri Raja Yang Paling Cantik Di Dunia- Wah! No 8 Itu Dari Malaysia

5 FILEM MENGANGKAT TEMA WANITA WAJIB ANDA TONTON

Ternyata, banyak filem yang mengangkat isu-isu berkaitan wanita serta menjadi tema utama. Gembira, sedih dan memberikan inspirasi bagi para wanita untuk semakin kuat menghadapi berbagai tantangan. Hargailah wanita, wanita bukan kelas kedua. Wanita kelas tersendiri.

1. KARTINI, PRINCESS OF JAVA

Cerita sebenar yang dijadikan movie, Kartini bangkit membuat perubahan tradisi nenek moyang demi memastikan hak wanita terjaga dan dilindungi. Dikongkong dengan adat budaya dan resam yang ketat, Kartini terpaksa mengikut desakan ibu tirinya walaupun jiwanya meronta dan hatinya hancur.

Dia mempunyai peluang menuntut ilmu di sekolah kerana mempunyai darah bangsanwan berbanding dengan kanak-kanak perempuan lain yang tidak ke sekolah. Dengan ilmu pengetahuan melalui alam persekolahan dan pembacaan buku-buku Belanda, Kartini menjadi terbuka minda dan dari situlah dia mula berfikir dan mempersoalkan fungsi wanita dalam masyarakat.

Kartini terpaksa menjadi isteri keempat kepada Raden Adipati Joyodiningrat, melalui aturan oleh ayahandanya, setelah Pemerintah Rembang itu mahu menuruti segala syaratnya. Dia berjaya membuka sebuah sekolah untuk kanak-kanak perempuan yang dari golongan kebanyakan dengan bantuan kerajaan Belanda selepas dia berkahwin.

Segala surat menyurat dan tulisannya dengan sahabat-sahabatnya di Belanda akhirnya dibukukan, setelah kematiannya. Ia adalah sebagai bukti kemajuan pemikirannya dalam memperjuangkan hak wanita Jawa. Hari ini, masih ada di kalangan kita yang berfikiran, yang kita dilahirkan hanya menjadi pelayan nafsu lelaki.

2. THAPPAD

Menceritakan tentang seorang wanita bernama Amrita atau mesra disapa Amu yang hidup bahagia bersama dengan suaminya bernama Vikram. Namun, kehidupan Amu berubah kerana satu tamparan daripada Vikram.

Amu sebagai isteri yang baik sebelum ini terkejut apabila ditampar oleh suaminya gara-gara jawatan baharu Vikram masih belum pasti. Tamparan itu membuatkan Amu mahu bercerai dan dia memperjuangkan hak wanita di dunia yang juga layak untuk bahagia dan dihormati. Itulah hak wanita yang sering direnggut!

3. MARLINA SI PEMBUNUH DALAM EMPAT BABAK

Suatu hari di sebuah padang sabana Sumba, Indonesia, sekawan tujuh perompak mendatangi rumah seorang janda bernama Marlina (Marsha Timothy). Mereka mengancam nyawa, harta dan juga kehormatan Marlina dihadapan suaminya.

Demi sebuah keadilan dan penebusan, Marlina membalas dendam terhadap perompak itu dengan tangannya sendiri dengan menunggung kuda. Sangat memberi inspirasi dan hak wanita perlu dijaga!

4. PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN

Film ini menyajikan latar tradisi sebuah sekolah pesantren di Jawa Timur yang cenderung mempraktikkan tradisi konservatif terhadap wanita dan kehidupan modern. Jadi, hak-hak wanita berkaitan ilmu, agama, kekeluargaan dan kemasyarakatan menjadi topik utama yang dilakonkan.

5. SA BALIK BAJU

Sa balik Baju mencerita tentang enam wanita yang menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet. Pelbagai teladan dan nasihat ‘ditanam’ di dalam filem ini. Sebagai seorang wanita, terlalu banyak mesej tersirat yang mahu disampaikan.

Jadi, hari ini nak tonton yang mana satu dulu? Semua seronok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×