Rakyat

Boleh Walk-In Ke JPJ, Ini Harga Renew Lesen Memandu Terkini 2021

127
SHARES

HARGA RENEW LESEN MEMANDU TERKINI 2021

Sedar tak sedar, lesen kereta dan motorsikal kita hampir tamat tarikh tempoh. Ada perubahan ke pada cara ‘renew’ lesen dan harganya? Jom kita ketahui cara ‘renew’ lesen.

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang telah lengkap dua dos vaksinasi, anda kini boleh walk-in terus ke mana-mana Pejabat JPJ untuk ‘renew’ lesen dan urusan kereta lain.

Tak perlu lagi buat  ‘appoinment’ secara online. Pejabat PUSPAKOM pun sudah dibuka untuk urusan kenderaan lain.

Perkara ini telah disahkan melalui hebahan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong selaku Menteri Pengangkutan.

Selain cawangan JPJ, lesen memandu juga boleh diperbaharui di Urban Transformation Centre (UTC) dan Pejabat Pos Malaysia.

Kredit Foto : mysumber.com

Harga Renew Lesen Memandu 2021 Di JPJ & Pejabat Pos

Tempoh memperbaharui lesen memandu hanya dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.

Maklumat bagi harga dan dokumen yang diperlukan bagi memperbaharui lesen memandu adalah seperti berikut :

Harga Renew Lesen Kereta Terkini

• 1 tahun – RM30
• 2 tahun – RM60
• 3 tahun – RM90
• 4 tahun – RM120
• 5 tahun – RM150

Harga Renew Lesen Motosikal Terkini

• 1 tahun – RM20
• 2 tahun – RM40

Harga untuk urusan perbaharuan lesen memandu bagi kategori lain-lain adalah seperti berikut :

Kredit Foto : mysumber.com

Urusan ‘renew’ lesen di bawah kategori LDL dan CDL boleh dilakukan di mana-mana cawangan Pejabat Pos berdekatan.

Tetapi untuk lesen PDL (Probational Driving License/ Lesen Memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License/Lesen Kenderaan Barangan) hanya boleh dilakukan di cawangan JPJ sahaja.

Cara Renew Lesen Secara Walk-In di JPJ, Pejabat Pos dan UTC

Cara Renew Lesen Memandu Secara Walk-In

  1. Hadir ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang berdekatan.
  2.  Sila bawa MyKad/Pasport asal dan lesen memandu asal/salinan. & sediakan wang secukupnya mengikut tempoh yang diinginkan. Buat individu yang baru pertama kali perbaharui lesen, anda perlulah bawa slip lesen bersama.

Buat yang belum boleh hadir ke pejabat JPJ atau Pejabat Pos secara walk-in, anda juga boleh perbaharui lesen secara online dari rumah.

Anda boleh lakukannya dengan dua cara iaitu melalui laman web MySikap atau MyEG.

Cara Perbaharui Lesen Online Melalui MySikap

Pengguna perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu untuk melakukan urusan atas talian di MySikap. Cara mendaftar adalah seperti berikut :

1. Layari laman web Mysikap di portal MySikap . Tekan pada Log Masuk Kali Pertama untuk daftar akaun.

2. Isi semua maklumat yang diperlukan bertanda * dan masukkan kod sekuriti yang diberikan.

3. Semak semua maklumat dan pastikan betul. Kemudian, ‘tick’ pada kotak pengesahan dan tekan butang Hantar.

4. Satu mesej akan dikeluarkan. Pilih Ya.

5. Setelah pendaftaran akaun berjaya, anda akan diberikan kata laluan pertama ke e-mel

Nota: Kata laluan yang diberkan hanya sah untuk 7 hari sahaja. Jika melepasi tempoh, anda perlulah daftar semula.

Kredit Foto : mysumber.com

Log Kali Pertama di MySikap

1. Layari semula laman web JPJ di pautan tadi.
2. Isikan nombor kad pengenalan dan gunakan kata laluan yang diberikan di e-mel untuk log masuk untuk kali pertama.
3. Masukkan kod sekuriti dan klik log masuk.
4. Setelah anda log masuk, tukarkan kata laluan baru dan isikan soalan sekuriti yang disediakan.
5. Selesai anda tukar kata laluan baru, log masuk sekali lagi dan anda boleh mulakan urusan anda di portal MySikap.

Cara Renew Lesen di MySikap

1. Untuk renew lesen memandu, klik pada Lesen Menandu
2. Kemudian, tekan submenu Pembaharuan Lesen Memandu
3. Isikan maklumat yang diperlukan untuk perbaharui lesen.
4. Lakukan pembayaran secara ‘online’. Kemudian semak dan sahkan permohonan lesen memandu anda.
5. Maka selesailah permohonan anda. Lesen memandu baru anda akan dihantar mengikut pilihan yang telah dibuat.

Kredit Foto : mysumber.com

Cara Renew Lesen di Portal MyEG

Seperti mySikap, anda juga perlu daftarkan akaun untuk mula berurusan. Cara-caranya adalah seperti berikut :

1. Klik di pautan https://www.myeg.com.my/register untuk daftar akaun.

2. Bila anda sudah ada akaun, anda boleh log masuk di pautan https://www.myeg.com.my/login.

Kredit Foto : mysumber.com

Cara Renew Lesen Di MyEG

1. Untuk mulakan, klik pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan

2. Kemudian tekan pula pada Baharui Lesen Memandu

3. Isikan maklumat selengkapnya.

4. Buat pembayaran secara online.

5. Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar.

Mudah bukan untuk ‘renew’ lesen memandu sekarang?

Anda boleh lakukan pembaharuan lesen secara ‘online’ ataupun terus ke Pejabat JPJ atau Pejabat Pos berdekatan.

Tapi, anda tidak perlulah tergesa-gesa kerana tempoh pengecualian pembaharuan lesen dan cukai jalan (road tax) telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2021!

Harga renew lesen jpj

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×