Rakyat

Hanya Perkhidmatan E-Bazar dan E-Hailing Dibenarkan Ketika Tempoh PKP

58
SHARES

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk Fasa 3 iaitu bermula dari 15 April sehingga 28 April. Sepanjang tempoh PKP ini, pelbagai perniagaan telah diarahkan untuk memberhentikan operasinya termasuklah bazar ketika Ramadhan. Orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan harus mengamalkan social distancing jika ingin keluar.

Walaubagaimanapun, e-bazar Ramadhan telah diperkenalkan bagi memudahkan urusan jual beli makanan antara peniaga dan pembeli. E-bazar merupakan perkhidmatan pesanan atas talian dan penghantaran e-hailing. Tetapi ada cadangan yang ingin melakukan konsep pandu lalu dan mengambil pesanan di gerai.

Hanya Perkhidmatan Secara Online Dibenarkan

Sehubungan dengan itu, kabinet bermesyuarat hari ni bersetuju hanya membenarkan penganjuran e-bazar melalui pesanan atas talian dan dihantar menggunakan e-hailing sepanjang tempoh PKP ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacod berkata, kaedah itu dilihat sebagai langkah yang terbaik dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 ini.

“Setakat ini hanya e-bazar sahaja dibenarkan iaitu membuat pesanan dalam talian dan akan dihantar menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Bagaimanapun, ada dua lagi konsep yang dicadangkan iaitu secara pandu lalu dan ambil pesanan di gerai.

“Kabinet meminta (cadangan konsep pandu lalu dan ambil pesanan di gerai) diperhalusi kerana kita bimbang akan berlaku kesesakan di atas jalan raya kerana mereka mempunyai satu lagi alasan untuk keluar,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menyukarkan Anggota Keselamatan

Mengulas mengenai perkara itu, Datuk Seri Ismail Yaacod berkata jika dua cadangan itu diluluskan ia secara tidak langsung akan menyukarkan lagi tugas pihak keselamatan khususnya polis dalam mengawal kesesakan diatas jalan raya.

“Jika kedua-dua konsep ini dibenarkan akan ada alasan baru digunakan mereka yang mereka yang sukar mematuhi PKP ini, jadi buat masa ini kita hanya setuju e-bazar sahaja,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×