Lambakan resepi yang dikongsi oleh pelbagai orang amatlah memberi kemudahan buat semua rakyat Malaysia. Hanya perlu google, pasti pelbagai jenis resepi yang keluar. Antara menu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia adalah menu yang dihidangkan ketika menjelang Hari Raya. Menu yang paling digemari oleh semua ialah lemang dan rendang.
Lemang adalah menu wajib buat semua ketika menjelang Hari Raya. Tetapi persoalannya adakah lemang mudah didapati jika tidak tiba musim hari raya? Agak sukar untuk mendapatkannya tetapi anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana resepi yang dikongsi oleh Are Peace dilaman facebooknya ini pasti digemari ramai! Resepi lemang tetapi ditwist sedikit dengan hanya menggunakan tin. Mudah bukan.
Resepi Lemang Tin
Bahan bahan yang perlu ada
– 1 kg beras pulut
– 1/2 kg santan pekat (tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
– Sedikit garam
Cara Cara Memasak Lemang Tin
1.Tin minuman basuh bersih dan masukan daun pisang.
2.Beras pulut basuh bersih2 masukan dalam tin 3/4 penuh.
3.Santan masuk sama paras dengan beras.
4.Masukan tin kedalam inner noxxa dan masukan air dalam inner suku dari tin tersebut( boleh rujuk gambar).
5.Hp selama 30 mnit dengan noxxa.
6.Keluarkan wap noxxa.
7.Alihkan tin tersebut kedalam oven. Bakar 15 ke 20 mnit 200°c
8.Bila dah siap tunggu sejuk dan boleh kluarkan lemang dari tin.
9.Dihidang bersama rendang.
Anda tidak perlu susah susah lagi nak bakar lemang dalam buluh, cerewet dan memakan masa yang lama! Selamat mencuba!
Sember : Are Peace