Dapur

Hanya Guna ‘Sandwich Toaster’, Anda Boleh Buat Kuih Dangai Di Rumah Dengan Mudah!

681
SHARES

Sedapnya kuih dangai ni tambah pula bila makan panas-panas kan? Bagi sesiapa yang tak tahu, kuih dangai adalah salah satu jenis kuih tradisional di Malaysia. Kuih dangai agak popular di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah dan Pulau Pinang, dan juga negeri di sebelah selatan iaitu Johor. Ada sesetengah tempat juga panggil kuih dangai ini sebagai kuih rangin. Tapi, apa-apapun, kuih ni memang sedap tapi susah pula nak jumpa orang jual. Kalau macam tu, jom kita buat sendiri di rumah nak? Senang saja dengan panduan dari laman Facebook Resipi Sedap ini rupanya!

Kuih Dangai Sandwich Toaster

Bahan-bahan:

3 cawan kelapa parut muda

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula (sukatan lbh kurang – ikut nk manis mcmana)

Sedikit garam halus

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

Cara-Cara

✔Gaul kelapa parut, tepung pulut dan garam. Gaul rata. Biar berderai.. jgn ada ketul2.

✔Panaskan acuan bubuh sedikit kelapa yg digaul tadi, kemudian tabur pula gula (dlm 1/2 sudu kecil) Pastikan gula tu ditabur di tengah2 ya.. kalau trkena ditepi, nanti masa nk angkat takut dia melekat.

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

✔Kemudian bubuh lagi kelapa smpai penuh menutupi acuan. Tutup acuan. Bakar lebih kurang 7,8 minit. Selak sikit acuan… kalau bahagian tepi2 tu dah sedikit perang tandanya kuih dah masak. .. bolehlah diangkat.

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

Tips

Sebelum bakar adunan lagi.. pastikan acuan dibersihkan dgn tisu ye.. buangkan lebihan kelapa yg tertinggal.

? Guna cawan/bekas yg sama utk sukat kelapa & tepung pulut

? Sukatan 3 cawan kelapa parut (putih) tu lbh kurang 1 biji kelapa ya (ikut sukatan cawan yg sy guna)

?  1 adunan dpt dlm 15 pieces kuih

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

www.facebook.com/resepisedapsentiasa

Sumber : Resepi Sedap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×