Asuh

JKM Ada Kuasa Untuk Dapat Hak Jagaan Anak Jika Terdapat 7 Kriteria Ini!

28
SHARES
hak penjagaan anak

Baru-baru ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah hak penjagaan anak sementara terhadap adik kepada kanak-kanak autistik yang ditemui mati, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Walaupun keputusan kes untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik perbuatan kejam ini masih belum selesai, ramai yang tertanya-tanya mengapa mahkamah memberi hak kepada pihak JKM untuk menjaga adik mangsa walaupun ibu bapa kandung dibebaskan atas ikat jamin.

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

MACAM MANA HAK PENJAGAAN ANAK BOLEH DAPAT KE JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT?

hak penjagaan anak

Hak Penjagaan untuk menempatkan seseorang remaja/kanak-kanak dalam jagaan JKM akan diputuskan selepas kes tersebut dibentangkan ke mahkamah. Tanggungjawab utama dalam menempatkan mereka di pusat jagaan adalah untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan terjamin setiap masa. Keputusan mengenai hak penjagaan yang dibuat oleh Hakim adalah berdasarkan “kepentingan terbaik kanak-kanak”.

Hakim perlu melihat pada pelbagai aspek untuk memastikan keputusan mereka berdasarkan kepentingan terbaik anda sebagai seorang kanak kanak (Akta Kanak – Kanak 2001). Antaranya:

1.Adakah ibu bapa mendera anak tersebut?

2.Adakah ibu bapa terlibat dalam penyalahgunaan sama ada dadah atau alkohol?

3.Adakah ibu bapa terdedah kepada keganasan rumah tangga?

4.Adakah kanak-kanak tersebut mempunyai tempat yang selamat untuk hidup?

5.Adakah kanak-kanak dapat cukup makan dan pakai?

6.Adakah kanak-kanak mendapat pengawasan dan penyeliaan yang mencukupi?

7.Adakah ibu bapa atau anak mendapatkan sokongan emosi yang mencukupi?

Apakah kelebihan untuk anak hidup dalam jagaan JKM?

1.Anda atau anak akan menerima sokongan ekonomi yang mencukupi.

2.Keselamatan akan lebih terjamin.

3.Anda dikeluarkan dari sebarang konflik.

4.Anda mendapat kestabilan emosi.

hak penjagaan anak

*Tidak hanya berkaitan kes adik Zayn Rayyan ini sahaja, jika anda mendapati ada kes-kes melibatkan penderaan kanak-kanak berlaku di kawasan kejiranan atau orang terdekat, laporkan dengan cepat kepada pihak berkuasa. Kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di kawasan yang lebih selamat.

Baca juga: Tanda Mental ‘Anak Tengah’ Dalam Bahaya, Diam-Diam Merajuk Mak Ayah Pinggir…

Sumber: MyHealth, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×