Sihat

Selain Bunga Segar, Ini 3 Hadiah Yang Tak Sesuai Dibawa Untuk Melawat Pesakit Kanser

1.5K
SHARES

Pada 15 April lalu, Institut Kanser Negara telah mengeluarkan kenyataan larangan bunga segar di wad menerusi laman media sosial. Mungkin ada yang terkejut dan tak pernah tahu tentang perkara ini.

Kenapa Bunga Segar Dilarang Untuk Pesakit Kanser?

Ia adalah kerana pesakit yang menjalani kimoterapi mempunyai kurang daya tahan badan (immunocompromised). Larangan ini adalah untuk mengelakkan jangkitan daripada debunga kulat yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan secara semulajadi.

Malah, ia bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak negara telah menguatkuasakan larangan ini di hospital atau wad pesakit kanser. Di United Kindom contohnya, 9 daripada 10 hospital telah mempraktikkannya.

3 Lagi Hadiah Yang Kurang Sesuai Untuk Pesakit Kanser

Selain bunga segar, mungkin pelawat juga perlu lebih sensitif dan mengelakkan beberapa lagi jenis hadiah ini untuk pesakit kanser.

1. Minyak Wangi / Produk Kecantikan Kulit

Walaupun kita antara orang yang paling gembira kalau dihadiahkan dengan produk sebegini, kita harus mengambil kira keadaan pesakit kanser.

Bagi pesakit yang sedang menjalani kimoterapi terutamanya, proses tersebut mungkin akan mengubah sensitiviti kulit, deria rasa serta bau seseorang. Maka, bau yang kuat dapat memualkan atau tidak sesuai untuk digunakan pada kulit mereka.

2. Manisan

Menurut Hello Doktor, kimoterapi dan radiasi juga boleh merosakkan permukaan lidah dan menyebabkan luka mulut, membuatkan gula-gula tidak menyenangkan dan menyakitkan.

Jadi seeloknya janganlah bawa manisan kerana ia juga tidak sesuai untuk diet pesakit kanser.

3. Belon

Sekarang ni dah ramai yang buat pakej hiasan hadiah yang menggunakan belon. Sekali pandang, ianya tampak begitu menceriakan.

Namun, belon yang diperbuat daripada latex atau getah boleh menyebabkan reaksi alergi terhadap pesakit kanser yang mempunyai kulit yang sangat sensitif.

Selain itu, belon logam atau mylar tidak dibenarkan di ICU kerana ia boleh mengganggu peralatan perubatan elektronik.

Banyak Hadiah Yang Sesuai Dibawa

Dengan informasi ini, diharapkan dapat membantu kita memikirkan hadiah yang sesuai buat pesakit kanser.

Tapi kalau pesakit memang sukakan bunga, kita boleh beli bunga buatan tangan yang diperbuat daripada fabrik atau kertas. Tetap cantik juga kan?

Sebenarnya banyak lagi hadiah yang kita boleh berikan pada pesakit kanser. Contohnya barangan harian seperti tuala, beg, buku, anak patung, stokin, kad dan sebagainya.

Seeloknya pilih sesuatu yang boleh memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan menentang kanser.

 

*Sumber rujukan: Hello Doktor, The Patients’ Lounge

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×