Advertorial

Bimbang Anda Mungkin Mangsa Kanser Seterusnya? Ini Antara Perkara Penting Anda Perlu Tahu

2.5K
SHARES

Umum sedia maklum kanser bukanlah satu penyakit yang mudah diubati. Jika merujuk doktor, mereka juga sukar menjanjikan peratus untuk pesakit kanser sembuh. Malah, ia mampu meragut nyawa sekiranya kanser sudah berada di tahap tertinggi.

Namun, pengesanan awal sangat membantu supaya saranan rawatan seterusnya dapat diberikan bagi mengelakkan ia merebak ke peringkat lebih serius.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kanser sebagai punca kematian kedua paling tinggi di peringkat global.

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia juga menganggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menderita akibat kanser setiap tahun. Ini bermakna, 1 daripada 4 rakyat Malaysia bakal menghidap kanser apabila menjengah usia 75 tahun.

Jika anda bimbang anda mungkin bakal menjadi mangsa kanser yang seterusnya, di bawah ini kami kongsikan beberapa perkara penting anda perlu tahu dari persediaan, rawatan dan sebagainya sekiranya suatu hari nanti anda disahkan menghidap kanser.

Terdapat pelbagai jenis kanser dan masing-masing menelan kos perubatan yang berbeza

Ya, betul. Banyak jenis kanser boleh ditemui di Malaysia, 5 antara yang paling popular adalah kanser nasopharynx, kanser payudara, kanser serviks, kanser usus dan kanser paru-paru. Masing-masing menelan belanja ribuan ringgit untuk sekali rawatan bahkan boleh mencecah jutaan ringgit untuk jumlah keseluruhan.

Memetik artikel bertajuk Is Your Medical InsurancePlan Sufficient For The Big C, kanser paru-paru dianggarkan menelan belanja sehingga RM56,000 secara keseluruhannya. Manakala, kanser usus memerlukan kos kira-kira RM121,000 untuk rawatan, ubatan dan sebagainya.

Paling membimbangkan, kos untuk rawatan dan ubatan kanser payudara adalah yang paling tertinggi antara 5 kanser popular di Malaysia setakat ini dan ia mencecah sehingga RM395,000!

Apa antara jenis rawatan yang ada?

Jika anda disahkan menghidap kanser, usah panik. Doktor pasti akan menerangkan kepada anda apa antara rawatan yang boleh dicadangkan supaya ia tidak terus merebak. Apa antara rawatan-rawatan yang ada?

Terapi radiasi
Dengan menggunakan radiasi tinggi, ia membantu dalam membunuh sel kanser dan mengecilkan tumor.

Immunotherapy
Dengan bantuan sel darah putih, organ dan tisu sistem limfa, ia membantu sistem imunisasi badan kita melawan kanser, jangkitan dan penyakit lain.

Pemindahan sel stem
Prosedur ini memulihkan sel stem yang membentuk darah dalam diri yang sudah musnah disebabkan oleh dos kemoterapi yang tinggi atau terapi radiasi yang digunakan untuk menyembuhkan sesetengah kanser.

Anda berkemungkinan bakal menghadapi krisis kewangan

Berkongsi pendapat, Ketua Pegawai Pelanggan & Pemasaran PAMB, Eric Wong berkata kebanyakan pesakit kanser mungkin akan menghadapi krisis kewangan selepas disahkan menghidap kanser.

Penyelidikan terhadap kesan kewangan dan kanser menunjukkan bahawa 50% daripada rakyat Malaysia berdepan kesukaran dalam kewangan pada tahun pertama selepas didiagnosis dengan kanser. Ini kerana, mereka terpaksa mengeluarkan lebih 30% isi rumah untuk rawatan kanser.

Keadaan ini memberi kesan yang mendalam kepada keluarga yang datang dari kelompok berpendapatan rendah dan sederhana.

Dapatkan PRUcancer X, perlindungan untuk memberi bantuan kewangan bagi penyakit kanser

Bagi melindungi pesakit dan keluarga daripada impak masalah kewangan akibat kanser, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan PRUcancer X yang merupakan satu penyelesaian yang boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan yang tinggi dan juga menampung kehilangan sumber pendapatan pesakit kanser.

Dengan perlindungan sehingga RM2 jutaPRUcancer X memberi ketenangan minda kepada pelanggan dalam melalui tempoh sukar ini. Setakat ini, ia adalah produk insuran yang memberikan perlindungan tertinggi untuk penyakit kanser di pasaran.

Malah, paling melegakan, pelanggan PRUcancer X akan menerima bayaran penuh sejurus selepas didiagnosis dan disahkan menghidap kanser. Dengan manfaat yang dibayar, pesakit berpeluang mendapatkan penjagaan terbaik di Malaysia dan di luar negara.

Selain perlindungan sehingga RM2 juta, apa lagi antara ciri istimewa PRUcancer X?

Premium mampu milik
Ia memberikan ketenangan minda kepada individu dengan perlindungan premium dari serendah RM34 saja sebulan.

Perlindungan kanser di peringkat awal
PRUcancer X memberi sebahagian daripada jumlah perlindungan apabila didiagnosis dengan jenis-jenis kanser tertentu termasuklah Karsinoma in-situ.

Faedah ehsan
Jika berlaku kematian, pelan ini akan menyediakan satu faedah tetap untuk membantu keluarga dalam menguruskan perbelanjaan pengebumian.

Pendaftaran mudah
Ketika mendaftar, pelanggan hanya perlu menjawab 5 soalan penguderaitan yang khusus kepada risiko kanser sahaja.

Jom dapatkan perlindungan dari awal, layari laman web Prudential untuk maklumat lanjut mengenai PRUcancer X.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×