Sihat

Petua Guna Bawang Untuk Legakan Demam Anak, Alergik & Hidung Tersumbat

2.1K
reads
petua bawang merah

Mungkin ramai orang yang belum tahu, sebenarnya bawang merah mempunyai begitu banyak manfaat kesihatan. Jika selama ini kita hanya menggunakannya dalam masakan, kali ini kami ingin kongsikan petua bawang merah atau bawang besar untuk melegakan demam, alergik, dan hidung tersumbat.

Petua ini dikongsikan oleh Puan Normilawati Nordin melalui Facebook. Menurutnya, petua ini selalu diamalkan olehnya untuk mengubati demam anak.

“Salah satu cara kalau anak saya alergik, demam atau hidung tersumbat, saya akan letak bawang besar di jaring kipas atau letak semangkuk bawang besar yang dihiris-hiris di satu sudut dalam rumah.

Biasanya saya buat waktu malam sebelum tidur. Alhamdulillah berkesan. Kesakitan akan cepat beransur pulih dan reda keesokan harinya.”

Petua Guna Bawang Untuk Anak Demam, Alergik, Dan Hidung Tersumbat

Beginilah caranya meletakkan hirisan bawang tersebut pada kipas angin. Bila dah bubuh, pasangkan kipas seperti biasa.

Ini pula hirisan bawang yang diletakkan di satu sudut dalam rumah atau bilik anak.

petua bawang merah

Memang kedua-dua cara ini akan menjadikan satu rumah berbau bawang! Tapi ia sebenarnya petua bawang merah ini bertindak menyerap bakteria dan virus. Secara semulajadinya, bawang merah atau bawang besar mempunyai sifat antiseptik dan berkesan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Sebab itulah ibu-ibu tidak digalakkan untuk mengupas bawang dan membiarkannya terdedah jika mahu memasaknya. Sebaiknya, bawang yang dikupas dan dipotong perlu terus dipakai dalam masakan kerana dikhuatiri tidak hygienic lagi.

Satu lagi petua bawang merah bagi orang dewasa yang demam atau selsema, boleh juga mengamalkannya sebagai ulam. Mudah-mudahan dapat melegakan hidung tersumbat, hingus, dan sakit kepala.

Semoga Bermanfaat!

Mudah saja petua ini, bukan? Tak rugi kalau anda mencubanya. Walau apapun, kalau sakit anak masih tak hilang, jangan teragak-agak pula membawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

*Petua bawang merah untuk hilangkan alergik, demam, dan hidung tersumbat yang dikongsikan oleh Puan Normilawati Nordin ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk melihat post asal beliau dan membaca komen-komen orang ramai, boleh klik di SINI.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top