Didik

14 Contoh Hadiah Birthday Terbaik Untuk Anak Yang Ternyata Lebih ‘Berharga’

1.1K
SHARES

“Ibu, ibu nak hadiah control car tu! Nak mainan tu!”

Setiap kali sambutan hari lahir, itu sahajalah jenis hadiah yang diminta. Sampai penuh barang mainan dalam rumah dan sudah tak ada tempat simpan. Pernahkah anda terfikir apakah manfaat yang boleh diperolehi dengan hanya memberikan barang mainan kepada anak-anak sebagai hadiah?

Salah satu idea bernas yang dikongsikan oleh ibu ini dimana beliau berkongsikan jenis hadiah yang ibu bapa boleh berikan kepada anak-anak sempena hari lahir. Bukan hanya mainan, sebenarnya anda juga boleh berikan ‘pengalaman’ kepada anak-anak sebagai hadiah.

CONTOH HADIAH TERBAIK UNTUK ANAK

Ramai yang tanya, apa hadiah terbaik yang parents patut bagi sempena birthday anak? Dan everytime soalan ni muncul, I’ll be like: Anak sendiri, sendiri pikir la apa hadiah nak bagi . Ok gurau. This is my PERSONAL OPINION on what’s the best birthday gift untuk anak. I personally love giving kids experience instead of materials. These are some experiences yang saya pernah hadiahkan pada Haikal sempena his special occasions:

Selain dari memberikan hadiah berupa barangan mainan atau pakaian kepada anak-anak, apa kata anda cuba memberikan hadiah berupa ‘pengalaman’ yang pastinya lebih berharga dari barang permainan.

1. Horse riding

2. Archery

3. Snorkelling

4. Ice skating

5. Feed animals

6. Mandikan animals

7. Jungle trekking

8. Memancing

9. Ikut nelayan menjala ikan kat laut

10. Jalan tepi pantai sambil kutip sampah

11. Naik train just to enjoy the view

12. Naik bas saje-saje

13. Cooking / baking his fav meal

14. Gardening something yang boleh harvest cepat

ANAK TAKKAN TERTUNGGU HADIAH DALAM ‘BOX’

I always choose experience over materials sebab to me, materials hanya beri keseronokan yang sekejap. And it somehow gives the child the sense of entitlement which i don’t really like. Nanti every birthday pun dia tunggu hadiah “in a box”. Padahal on birthday lah sepatutnya kita work more on ourselves. Learn new skill, contribute more, improve spiritually.

Of course some experience pun beri keseronokan yang sekejap, cuma it develops skills and memories yang akan membentuk karakter anak itu sendiri. Dan satu lagi rutin wajib kami setiap kali birthday Haikal is–bawa dia pergi rumah anak yatim yg ada budak-budak sebaya dia.

Tak payah tunggu duit berkepuk pun untuk pergi rumah anak yatim ni. Just bring some simple activities untuk main sama2 dan simple food untuk diorang enjoy. Experience macam ni akan ajar anak to always be thankful with what they have. Pernah sekali tu, Haikal menangis bila dengar penjaga rumah anak yatim tu cerita — mereka terpaksa jimat2 susu tepung. Kalau patut letak 4 sudu, diorg letak 1 sudu je. Sebab takut tak cukup duit nak beli banyak.

There’s nothing else can teach a child about gratitude, melainkan dengan tengok kesusahan orang lain dengan mata sendiri.
Semoga bermanfaat. Saya doakan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berfikir, dan bukan dalam kalangan orang-orang yang terikut-ikut akan budaya birthday yang sia-sia.

Doakan saya juga supaya dapat hadiahkan Haikal pengalaman umrah untuk birthday ke-8 dia tahun ni. Birthday last year, dia request nak potong burung (sunat). So bila dah “bersih” ni dia kata dah ready nak pergi Baitullah pulak. Dia ingat mak dia kentut keluar duit agaknya.

Selamat malam, dan semoga dipermudahkan semuanya.

Sumber : Adlil Rajiah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×