Asuh

Guna Tips Dari Si Ayah Ini Untuk Hentikan Situasi Anak Mengamuk Dengan Serta-Merta!

Apabila sudah menjadi ibubapa ini, antara situasi yang anda akan alami adalah situasi anak mengamuk. Kadang-kadang tak tahu punca apakah yang menyebabkan anak-anak mengamuk dengan secara tiba-tiba. Tanya soalan salah sikit, haa mulalah membara api amukan anak tu, walaupun ibubapa ingin memujuk. Rupa-rupanya, inilah cara yang betul untuk menghentikan amukan anak-anak dengan cepat mengikut saranan seorang ayah yang prihatin.

http://theasianpost.co.uk/

” YA, SALAH SAYA ANAK MENGAMUK”

Patut la anak tak berhenti mengamuk…

Serius anak saya ni kalau dah mengamuk memang susah nak berhenti. Dulu saya ingat memang tu perangai dia rupanya selama ni penyebabnya daripada saya!

www.netmums.com

Ye, salah saya!

3 SOALAN SAYA AKAN TANYA ANAK

Bila anak mengamuk je saya mesti akan tanya 3 soalan ni :

www.today.com

1. Maryam nak apa?

2. Kenapa Maryam mengamuk?

3. Dah habis mengamuk belum?

Makin ditanya, dia jadi makin mengamuk! Rupanya saya la yang pergi tambah api dalam amukan dia tanpa sedar! Saya sendiri yang buatkan anak saya jadi makin fokus pada amukannya sendiri ( internal conflict ). Patut la dia jadi mengamuk tak berhenti!

CARA INI AKAN BUAT ANAK BERHENTI MENGAMUK

Saya la yang sepatutnya kena buat dia fokus pada benda luaran dia ( external conflict ). Contohnya suruh dia tengok burung di langit ke, tanya dia nanti nak makan apa ke ataupun tanya dia kat tadika tadi belajar apa ke.

www.shutterstock.com

Saya lupa yang psikologi anak ni unik. Kalau dia fokus pada dunia luar, dia akan lupa konflik dalaman dia tanpa dia sedar! Ni la rahsia nak buatkan anak berhenti mengamuk sebenarnya.

Patut la ilmu parenting ni penting untuk ibubapa. Sebab anak generasi Alfa sekarang ni licik dan bergeliga otaknya!

Rujuk artikel berkaitan : Apa Perlu Buat Bila Anak Mula Mengamuk? Guna 3 Cara Ini Untuk Handle Mereka Dengan Cepat

Sumber : Taufiq Razif

Yang Popular

To Top