Antara masalah utama sering dialami oleh mereka yang bercucuk tanam ialah diserang ulat, kutu dan hama. Ini akan menyebabkan tanaman rosak dan tidak hidup dengan subur. Oleh itu, untuk menggelakkan perkara tersebut berlaku berulang kali, anda boleh menggunakan semburan air tembakau seperti perkongsian D’Pro A’nas di laman Facebooknya. Sangat berkesan dan tiada lagi ulat perosak.
Baca juga: Mudah Je Tanam Pokok Bendi, Tak Payah Jaga Lama Tapi Hasil Berbaloi!
GUNA SEMBURAN AIR TEMBAKAU UNTUK ELAK SERANGGA
Bila dengar berbagai-bagai rintihan sahabat dengan serangan hama, ulat, kutu-kutu dan macam-macam. Saya bagi satu lagi rahsia penjagaan kebun kesayangan kita. Tembakau adalah supaya hama tak kebal dari 1 bahan semburan.
Bahan-bahan:
1. Air Tembakau = 100ml / 1 batang rokok
2. Cuka Kayu = 3ml
3. Sabun Pencuci = 2 kali picit/ 5ml
4. Penyukat 20 ml = Untuk sukat
5. Botol Spray = 1 Liter
* Campur semua bahan dgn air 1 liter dan goncang. Siap. Bolehlah menembak sasaran.
– Spray je apa-apa pokok. Menjaga pokok-pokok kesayangan kita. Pastikan pancit keseluruhan pokok. Pucuk, bawah dan atas, daun, batang dan tanah.
– Amalkan seminggu atau 2 minggu sekali. Waktu sesuai untuk buat semburan pukul 5 petang ke atas kerana serangga, kutu dan hama aktif di waktu malam.
– Ujian dilakukan. Hama dan kutu-kutu yang kecil. Tak payah cerita, ni yang besar pun ternyata. Pastikan tembak tepat ke sasaran.
Selamat mencuba!
Sumber: D’Pro A’nas