DIY & Kraf

Guna Roti Lebihan Buat Baja Homemade, Tanaman Lebih Subur

71
SHARES

“Eh dah letak baja pun mati juga. Apa lah nak buat ni. Hmmm”

Masalah pokok susah untuk hidup dengan subur pasti menjadi tanda tanya untuk anda. Tambah lagi kalau dah guna pelbagai jenis baja dan tips tetapi masih juga tak menjadi. Pelik kan?

Apa kata, kalian cuba DIY baja roti. Roti kan cepat expired dan rosak. Jadi, bolehlah jadikan baja roti untuk buat tanaman lebih subur dan confirm tak mati macam selalu.

Baca juga: Guna Semburan Air Tembakau Untuk Elak Serangan Serangga, Semua Mati!

GUNA ROTI LEBIHAN BUAT BAJA HOMEMADE, TANAMAN LEBIH SUBUR

Saya nak tunjukkan apa yang saya gunakan untuk pokok kunyit, pokok serai dan pokok pandan supaya gemuk sihat dan tahan daripada penyakit.

– Ini ialah air basuhan beras yang telah diperam semalaman. Selepas tempoh itu, masukkan dua keping roti kosong. Brand apa pun boleh. Carik-carikkan sebelum masukkan ke dalam botol ini. Letakkan di bawah sinki untuk tempoh seminggu. Longgarkn sedikit penutupnya. Jangan ketat sangat.

– Selepas seminggu, goncang botol ni. Hasilnya roti akan hancur. Kemudian, boleh terus siramkan pada pokok kunyit, pokok pandan, pokok kari dan pokok serai.  Tidak boleh digunakan untuk pokok pokok yang lain. Hanya 4 pokok ini sahaja atau pokok lain yang tahan lasak.

Untuk gunakannya, nisbahnya ialah 1:1 iaitu secawan mol roti + secawan air biasa dan siramkan pada pangkal pokok. Buat seminggu sekali. Bila dah guna mol roti ni, jangan disimpan lebihannya. Guna sampai habis.

– Pokok kunyit berusia tiga bulan. Full cahaya. Saya hanya guna mol roti dan tinja kambing.

– Baru berusia sebulan setengah. Sudah 6 kali disiram dengan mol roti.Full cahaya.

– Ini first time saya tanam pokok pandan. Asalnya daripada anak pokok yang hanya ada 5/6 helai daun. Sekarang dah membiak dengan banyak. Ada dalan sebulan setengah usianya. Full cahaya.

– Serai yang baru dua bulan ditanam. Juga guna mol roti.

Wah, menjadi kan? Semua subur-subur dan besar. Boleh cuba ni.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×