Sihat

Guna 3 Jenis Minyak Ini Di Rumah, Barulah Pemakanan Keluarga Selamat & Sihat!

21
SHARES

Minyak masak menjadi bahan utama yang sering digunakan untuk memasak terutamanya masakan yang bergoreng. Di pasaran terdapat begitu banyak pilihan minyak yang dihasilkan daripada pelbagai sumber. Antaranya minyak kelapa, minyak sawit, minyak jagung, minyak biji bunga matahari dan sebagainya.

Daripada itu, anda mempunyai banyak pilihan dalam menentukan minyak masak yang sesuai untuk digunakan. Oleh sebab itu, untuk memilih minyak masak yang terbaik, anda perlu melihat label nutrisi yang dipamerkan pada produk. Baru keluarga akan lebih sihat dan selamat.

Baca juga: Cara Kendalikan Beras Supaya Kandungan Arsenik Berkurang Dalam Nasi

3 MINYAK UNTUK DIGUNAKAN DI RUMAH

Minyak kelapa tanak antara minyak yang baik. Buat sendiri kat rumah guna santan pun boleh.

Elakkan minyak toksik dari anak-anak. Banyak salah faham kita tentang minyak sebenarnya.

Saya pilih 3 minyak untuk guna di rumah:

1. Minyak kelapa

2. Minyak zaitun

3. Minyak sawit

Minyak kelapa, antara minyak yang rendah kadar smoke point nya, dalam 200 darjah celcius sahaja. Berbanding minyak sayuran lain, sampai 250 darjah celcius pun ada. Tapi, minyak kelapa ini antara minyak yang paling tinggi tahap oxidative stability. Bagus sangat untuk kita guna tau.

Minyak kelapa juga, saya guna yang ini sekarang.

Minyak zaitun pasaran cari dalam bekas kaca gelap ya.

Dan kisahnya minyak zaitun pun macam ini. Masak dengan extra virgin olive oil dibawah kadar smoke point nya 160 darjah, jangan risau pasal bahaya bahan toksik.

Saya masak sayur guna minyak zaitun, maksimum akan masak suhu sekata 130 darjah sahaja.

Minyak zaitun organik dari Palestin. Saya guna untuk tumis sayur, suhu paling tinggi 130 darjah sahaja.

Minyak sawit biasa kita jumpa di kedai. Boleh juga yang ini.

Nutrisi akan terpelihara tau, dari minyak zaitun dan sayur itu sendiri. Minyak kelapa sawit, pun antara minyak yang stabil, dengan kadar smoke point yang tinggi jugak, 230 darjah celcius.

Minyak sawit yang kurang diproses, warna dia merah sikit. Tak macam minyak sawit proses warna cerah yang kita selalu guna itu.

Elakkan yang ini, campuran minyak sawit dan minyak lain yang kurang stabil dan boleh bawa toksik.

Tapi, kalau nak banding dengan minyak sayuran lain canola, sunflower dan sebagainya, insyaAllah minyak sawit biasa pun antara yang okay sangat dah. Cuma tak nak guna banyak kali okey. Sekali dua dah cukup. Apatah lagi kalau yang dah sampai hitam warna minyak itu. Memang tak boleh ye yang ini.

Elakkan minyak canola dan sunflower seed atau apa-apa sahaja jenis minyak sayuran lain.

Untuk minyak lain, yang saya tak nyatakan dalam ini, ada baiknya kita elakkan, insyaAllah. Walaupun ianya ada takat smoke point yang tinggi, tapi semua minyak itu tak stabil sangat sebenarnya. Mudah nak bertukar jadi minyak yang toksik bila terdedah pada udara dan haba.

Walaupun takat smoke point tinggi, tak menjamin minyak itu sihat ya. Tak stabil, boleh bawa toksik.

Minyak toksik anak kita ambil, tinggi radang dalam badan anak.

Kita cuba sama-sama okey. Cari pilihan yang lebih baik untuk keluarga, insyaAllah.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×