Hebahan

Golongan Remaja Boleh Terima Vaksin ‘Walk-In’ Khamis Ini

29
SHARES
vaksin remaja

Nampaknya program vaksinasi kebangsaan masih berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil. Hal ini kerana pengambilan suntikan vaksin dapat membentuk immuniti kelompok dalam membendung wabak endemik Covid-19. Sebelum ini juga, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, beliau ada mengumumkan mengenai vaksinasi kepada golongan remaja.

Terbaharu, pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilaksanakan di 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi di seluruh negara secara kaedah jumpa terus (walk-in) berjadual bermula Khamis ini.

Baca juga: Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Serentak Dengan Pembukaan Sekolah

VAKSIN GOLONGAN REMAJA SECARA WALK-IN KHAMIS INI

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, agihan vaksin akan dilaksanakan secara kaedah walk-in berjadual iaitu mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, pemberian vaksin akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

“Manakala, jadual pemberian vaksin pula akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.

Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi. Jadi, pastikan anda peka dengan janji temu yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku kekeliruan.

Selain itu, bagi remaja yang tidak bersekolah pula, mereka dibenarkan untuk walk-in di mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Noor Azmi berkata, sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari berkenaan, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta yang berdekatan.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×