Rakyat

Bantuan RM3000 Bagi Pemilik Perniagaan Kecil (PKS) Melalui Geran Khas Prihatin. Ini Cara Permohonan & Semakan

575
SHARES

Khas untuk pemilik perniagaan yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro, kerajaan menawarkan bantuan secara one-off RM3000 melalui Geran Khas Prihatin kepada yang layak.

Ia bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan khususnya yang terjejas akibat COVID-19.

Permohonan online dibuka mulai 1-15 Mei di portal LHDNM

(https://gkp.hasil.gov.my)

Berikut adalah info lanjut mengenainya.

Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
    dan

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.

Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar
secara one-off.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin PKS)Video Soalan Lazim Geran Khas Prihatin (GKP)

Posted by Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia on Friday, May 1, 2020

Cara Permohonan Geran Khas PRIHATIN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.

Berikut adalah cara permohonan yang dilampirkan melalui Panduan Pengguna oleh Portal LHDM.

Cara Semakan Geran Khas Prihatin

Keputusan / status permohonan dijangka akan diketahui pada minggu pertama bulan Jun 2020 ini.

Pembayaran akan dikreditkan melalui akaun bank yang disertakan dalam borang permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LHDN dan Facebook rasmi LHDN bagi mendapat info terkini.

Anda juga boleh menyemak FAQ berkaitan Geran Khas Prihatin di bawah ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×