Rakyat

#Bajet2021:Kerajaan Umum Bantuan Prihatin Rakyat, Isi Rumah Dapat Bantuan Sehingga RM1800

46
SHARES

Terbaharu, Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan hari ini dirangka berlandaskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Pembentangan belanjawan kali ini yang diketuai oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semua tema itu bertujuan menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadi pentadbir yang lebih mantap.

BANTUAN SARA HIDUP DIGANTI DENGAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Ramai yang sudah tertunggu-tunggu dengan pengumuman belanjawan kali ini kerana terkesan dengan gelombang pandemik yang melanda negara. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk terus memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai kepada rakyat secara bersasar. Antaranya adalah:

1. Untuk isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM 2500 dan mempunyai seorang anak akan mendapat sebanyak RM 1200.

-Bagi isi rumah yang mempunyai anak melebihi seorang akan mendapat bantuan sebanyak RM 1800.

2.Manakala bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan sebanyak RM 2501-RM4000 dan mempunyai seorang anak akan mendapat bantuan sebanyak RM 800.

-Bagi isi rumah yang mempunyai dua orang anak akan mendapat bantuan sebanyak RM 1200.

3.Tidak dilupakan juga kepada isi rumah berpendapatan RM 4001-RM5000 dan mempunyai seorang anak akan mendapat sebanyak RM 500.

-Bagi isi rumah yang mempunyai dua orang anak akan mendapat bantuan sebanyak RM 700.

Namun, tidak dilupakan juga kepada orang bujang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM2500 ke bawah, akan mendapat bantuan secara one-off iaitu sebanyak RM 350. Bukan itu sahaja, had umur bagi kategori bujang juga diturunkan kepada umur 21 tahun.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×