Inspirasi

Genius Cilik, Kanak-Kanak Usia 9 Tahun Graduan Universiti Paling Muda Di Dunia!

162
SHARES

“Bila lah nak habis study ni…penat lah..”

Memang setiap impian pelajar ingin habiskan pelajarannya secepat mungkin kerana terlalu penat belajar dan juga menyiapkan tugasan yang diberikan. Mengejutkan, kanak kanak lelaki genius ini berjaya menamatkan menjadi graduan universiti pada usia yang sangat muda dan kursus yang boleh tahan susah tau.

BELAJAR HANYA TEMPOH 9 BULAN

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun bernama Laurent dari Amserdam telah menamatkan pengajiannya di sebuah universiti terkenal ketika usianya 8 tahun. Lebih hebat lagi, kursusnya yang sepatutnya di habiskan dalam masa 3 tahun, Laurent menamatkannya ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik hanya dalam masa 9 bulan.

Graduan muda dari Eindhoven University of Technology, Netherlands itu berjaya menyiapkan projek tahun akhirnya mengenai “brain-connected electrical chip” dengan jayanya.

SERING DISAMAKAN SEPERTI ILMUWAN YANG TERKENAL

Kanak-kanak lelaki itu dibesarkan di Belgium bersama datuk dan neneknya sementara ibu dan bapanya bekerja dia Amsterdam. Laurent boleh berbakat bertutur dalam 4 bahasa. Katanya, selepas tamat belajar, Laurent akan sambung melakukan PHD dan berminat dalam jurusan perubatan dan mencipta organ buatan. Tahap IQ Laurent sering disamakan seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking.

LAIN DARIPADA YANG LAIN!

Ibunya, Lydia, 29 berkata datuk dan neneknya yang mula menyedari Laurent seorang budak yang luar biasa. Bapanya pula merupakan seorang doktor gigi berkata anaknya itu seperti span yang menyerap semuanya. Laurent juga mendapat pujian dari pensyarahnya bahawa Laurent ada seorang yang unik dan sangat bijak.

*Pandainya adik ni! 🙂

Sumber: New Straits Times

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×