Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dia ada menjelaskan setiap perbezaan gel penyerap oksigen yang sering digunakan di dalam biskut.
Menurutnya, penjual turut memainkan peranan penting agar memberitahu kepada pelanggan setiap kegunaan gel penyerap oksigen tersebut mengikut warna. Kalau salah beli, memang rugi!
Baca juga: Penjual Kuih Mengeluh Jualan Tak Laku Di Bazar Ramadan, Rupanya Salah Sendiri Sebab ….
PERBEZAAN GEL PENYERAP OKSIGEN, JANGAN MAIN BELI SAHAJA
Sebelum membeli gel penyerap oksigen, ada beberapa perkara perlu diketahui:
1. Pastikan ia gred makanan.
2. Warna pada pembungkusan menentukan fungsi yang berbeza-beza.
Bungkusan warna hijau (kelembapan relatif rendah)
Bungkusan warna hijau dengan kelembapan relatif rendah sesuai digunakan untuk produk makanan yang memerlukan perlindungan tekstur.
Boleh digunakan untuk:
- Kerepek
- Biskut
- Kek
Warna biru
Sesuai digunakan untuk:
- Kacang
- Ikan
- Pasta
- Nasi
Warna kuning (penyerap oksigen)
- Tepung
- Rempah serbuk
Kegunaan penyerap oksigen akan membuatkan makanan tahan lebih lama dan tidak mudah berkulat. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat peniaga di luar sana.
Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat