Sihat

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir, Elak Jangkitan Penyakit Bawaan Air & Udara!

46
SHARES

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir yang melanda akan mengakibatkan ribuan keluarga terpaksa bersesak di tempat perlindungan yang sememangnya tidak mampu menampung segala keperluan mereka.

Keadaan ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya penyakit bawaan air dan udara yang boleh menyebabkan komplikasi serius sekiranya tidak ditangani sewajarnya.

Baca juga: Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-masalah yang berlaku semasa banjir:

– Lemas.

– Terdedah kepada kecederaan.

– Terkena renjatan elektrik.

– Terdedah kepada jangkitan taun, cirit-birit dan demam kepialu.

Tindakan yang perlu anda lakukan semasa banjir:

– Pindah ke pusat pemindahan apabila diarahkan.

– Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir.

– Elak meredah jalan raya yang ditenggelami air.

– Matikan semua punca bekalan elektrik.

– Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

– Sentiasa minum air yang telah dimasak.

– Makan makanan yang dimasak sahaja.

– Elakkan makan makanan mentah seperti ulam.

– Jangan makan makanan yang terdedah.

– Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.

– Cuci tangan sebelum makan.

– Cuci tabgan selepas ke tandas.

– Guna tandas yang sempurna.

– Buang sampah di tempat yang betul.

– Dapatkan suntikan vaksin ikut nasihat doktor.

– Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami cirit-birit atau muntah-muntah.

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×