Sihat

Garam Satu Sudu Sehari Cegah Darah Tinggi & Risiko Kematian Covid-19- Pakar

27
SHARES

Virus Covid-19 mencatatkan kes harian mencecah sehingga digit dan telah meragut lebih daripada 10,000 nyawa rakyat Malaysia. Menerusi laporan Harian Metro, kebanyakan pesakit Covid-19 di negara ini didapati mempunyai sejarah penyakit darah tinggi (hipertensi).

Berdasarkan kajian, pesakit penyakit darah tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat gejala yang teruk, kemasukan ICU dan kematian akibat jangkitan Covid-19.

Profesor dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr Moy Foong Ming, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, tiga daripada 10 orang Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi.

“Tanpa mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya, penyakit darah tinggi mendedahkan mereka kepada risiko lebih tinggi untuk mendapat gejala yang teruk akibat jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Baca juga: Awas! Obesiti Boleh Tingkatkan Risiko Kematian Jika Dijangkiti Covid-19- Pakar

GARAM SATU SUDU SEHARI UNTUK MENCEGAH DARAH TINGGI

Demi mencegah dan mengawal penyakit darah tinggi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk mengurangkan pengambilan garam.

Orang ramai dinasihatkan agar mengambil garam kepada kurang daripada lima gram (kira-kira satu sudu teh) sahaja sehari. Hal ini kerana, beberapa kajian menyokong bahawa dengan mengurangkan pengambilan garam mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, strok dan juga tekanan darah.

“Dengan itu, kira-kira 2.5 juta kematian dianggarkan dapat dicegah setiap tahun sekiranya masyarakat sedunia dapat mencapai pengurangan pengambilan garam sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2025,” ujarnya.

TIPS MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

garam satu sudu sehari

Menurut Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkongsi beberapa tips untuk mengurangkan pengambilan garam.

Antaranya ialah dengan menggunkan lebih banyak rempah, jus limau, serai dan herba ketika memasak demi mengurangkan pengambilan garam.

“Selain itu, kurangkan penggunaan garam, kicap atau sos dalam memasak sebaiknya gunakan bahan semula jadi dan bukannya makanan yang diproses,” katanya.

Tambahnya lagi, tambahkan garam selepas api padam dan masak makanan lebih berasas kepada kuah atau sup kerana rasa masin akan lebih ketara. Makan kering seperti ikan bilis perlu direndam untuk mengurangkan kandungan garam dalam makanan tersebut.

Amalkan gaya hidup sihat. Makan dengan baik demi mendapatkan kesihatan yang bagus.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×