Sihat

Awas! Obesiti Boleh Tingkatkan Risiko Kematian Jika Dijangkiti Covid-19- Pakar

32
SHARES

Penularan wabak Covid-19 belum menunjukkan sebarang isyarat mahupun tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat meskipun sudah dua tahun virus itu tersebar di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan statistik peratusan pesakit Covid-19 di Malaysia yang belum menunjukkan sebarang penurunan.

Peningkatan kes kematian harian juga telah menimbulkan kerisauan dan kes kematian di luar hospital akibat Covid-19 juga semakin meningkat.

Baca juga: Perut Sakit Tanda Anda Dijangkiti Wabak Covid-19?

BERAT BADAN BERLEBIHAN BOLEH MENINGKATKAN RISIKO KEMATIAN

Menerusi laporan Harian Metro, seorang pensyarah Perubatan Pelatih di Universiti Sains Islam Malayia (Usim), Dr Muhamad Rafiqi Hehsan berkata antara salah satu faktor dalam peningkatan kes kematian adalah berat badan berlebihan atau obesiti.

“Obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak tidak normal atau berlebihan yang memberikan risiko kepada kesihatan.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kegemukan dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan badan indeks jisim (BMI). BMI lebih daripada 25 dianggap sebagai berat badan berlebihan dan lebih daripada 30 adalah mengalami kegemukan,” jelasnya.

DIAGNOSIS AWAL SANGAT PENTING

Selain itu, Dr Muhamad Rafiqi juga berkata, diagnosis awal pesakir adalah sangat penting. Hal ini kerana untuk merawat keadaan mereka dan mengurangkan kes kematian.

Beliau juga menjelaskan beberapa kajian kohort telah dilakukan dan mendapati bahawa obesiti dikaitkan dengan peningkatan komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Obesiti juga dikaitkan dengan gangguan fungsi paru-paru, membabitkan perubahan mekanik rintangan pernafasan dan penurunan pertukaran gas antara oksigen serta karbon dioksida.

“Oleh itu, petugas kesihatan perlu memberikan lebih fokus kepada pesakit Covid-19 yang obes kerana golongan ini berisiko tinggi, berbanding pesakit lain,” katanya.

KAEDAH MENURUNKAN BERAT BADAN

Justeru itu, antara kaedah merendahkan risiko berat badan berlebihan dan obesiti termasuk mengurangkan jumlah kalori yang diambil daripada lemak serta gula.

“Meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala seperti 60 minit sehari untuk kanak-kanak dan 150 minit seminggu bagi orang dewasa.

“Bagi bayi pula, kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak lahir hingga usia enam bulan mengurangkan risikonya menjadi obes.

“Amalan gaya hidup sihat sangat membantu bagi mengurangkan risiko morbiditi dan kematian, terutama bagi pesakit Covid-19,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×