Ketika ibu bapa sedang sibuk mengemas atau menguruskan hal-hal di rumah, semestinya akan tinggalkan anak bermain sendiri di ruang tamu. Seperti seorang bapa ini telah kongsi di akaun facebooknya pengalaman yang mencuit hati ketika menjaga anak-anaknya di rumah sambil menyiapkan urusan lain serta membiarkan mereka bermain sendiri di ruang tamu.
TINGGAL ANAK 10 MINIT
Hati-hati gais.. jangan terleka walau 10 minit pun. Asalnya kau boleh dengar gelak tawa dorang main. Tapi secara tiba-tiba rumah kau sunyi sepi, Masa tu kau tak boleh tunggu lagi. Bersegeralah pergi melihat apa yang berlaku.
HABIS SUSU YANG BARU DIBUKA
Silap abang tadi 10 minit yang berharga tu abang lalai. Ini lah yang terjadi, habis susu setabung yang baru dibuka semalam.. berenang-renang dua beradik tu..fuhh!
BAPA KERJA SHIFT MALAM, IBU PULA DI KL
Nasib baik mental abang cukup kuat sekarang ni..Abang tinggalkan sofa tu begitu saja kerana abang nak masuk kerja malam. Ummi pula ke KL menuntut ilmu. Diorang berdua abang dah tinggal rumah pengasuh.
Jadi, korang tolong la bagi idea macam mana abang nak cuci esok ni. Dah la sofa ni jenis tak boleh cabut kulitnya.
Sumber: Ariff Ermizie