DIY & Kraf

Gara Gara Lockdown Lelaki Kongsi Video Ski Dari Rumah, Kreatif Tapi Lucu!

33
SHARES

Hanya tinggal lebih kurang 24 jam sebelum umum mengetahui apa yang terjadi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Kebanyakan negara sudah pun melaksanakan perintah lockdown bagi membasmi penularan Covid-19 ini. Di Malaysia sudah hampir 4 minggu orang ramai diarahkan untuk hanya kekal berada dirumah.

Bukan itu sahaja, semua orang terpaksa menangguhkan segala aktiviti luar mereka dan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama keluarga seperti memasak, membuat video dan pelbagai lagi. Namun tidak bagi seorang lelaki dari luar negara ini. Disebabkan bosan yang keterlaluan, beliau telah membuat video bermain ski dari dalam rumah. Lain macam tetapi itulah yang dilakukannya.

A Ski Movie By Philipp Klein

Philipp Klein Herrero, 28 tahun merupakan seorang jurugambar dan pembikin filem itu berjaya membuatkan penonton YouTube Channelnya itu kagum dengan video kreatif beliau yang hanya bermain ski dari rumah. Video stop motionnya itu berjaya menarik 715 ribu lebih penontoon dan penonton merasakan video itu sangat menghiburkan!

Katanya, aktiviti itu sepatutnya dilakukan bersama keluarga tetapi rancangan itu terpaksa ditunda disebabkan Covid-19 ini.

“The lockdown had me thinking about skiing the whole time, so I started to think how I could ski without leaving my living room,” he said in his video description. 

Video Ski Dari Rumah Itu Berjaya Menarik Perhatian

Philipp berkata dia mengambil masa sehari untuk siapkan video itu daripada perancangan, storyline sehinggalah proses mengedit video.

“The next day was rainy and grim so I waited for better light. The next day it was overcast but evenly lit and bright: perfect, so I went for it. I moved the furniture, set the camera up, dressed in ski gear and started shooting. 6 hours later, everything was in the box! Then I started a 4-hour edit, where most time was spent on sound design: my idea was that if someone closed their eyes and only listened to the video, it would seem a real outdoor experience.”

Cabaran terbesar yang dihadapi beliau adalah untuk menjadikan video tu kelakar dan mencuit hati penonton dimasa sama memberi mesej yang betul kepada penonton. Beliau berkata, bahagian yang paling seronok semasa proses pembikinan video adalah membawa ideanya itu kepada realiti dan berkongsi kegembiraan bersama penonton dan berjaya membuatkan orang ramai tersenyum adalah satu kejayaan dan berbaloi.

Video yang dibuat itu hanyalah untuk menceriakan keluarga dan teman teman rapatnya sepanjang menempuh perintah lockdown ini. Ideanya untuk membuat video itu tercetus ketika melihat video video lawak orang melakukan aktiviti luar didalam rumah. Didalam video tersebut, Philipp mengakhirkannya dengan mesej Stay Safe. Stay Home

Sumber : Bored Panda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×