Dapur

[FOTO] ‘Siap Ada Bulu Hidung’- Perkongsian Idea Menu Bekal Ini Kreatif Tapi Menggerunkan!

9
SHARES

Oleh kerana harga makanan yang dijual semakin meningkat kerana peningkatan harga barangan, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk membawa bekal makanan sendiri apabila ke tempat kerja. Namun, pasti juga ada hari yang anda akan kebosanan dan buntu untuk masak menu apakah yang menarik untuk dimakan di tempat kerja. Nak masak apa ya?

Bila dah masak bekal sedap, mulalah diet tidak menjadi dan rasa asyik nak makan sahaja. Oleh itu, terdapat satu perkongsian idea menu bekal yang kreatif tetapi menggerunkan! Mungkin dapat kurangkan rasa nak makan berselera anda!

Baca juga: [FOTO] Wanita Kongsi Koleksi Menu Bekal Kerja Dapat 13K Shares, Semua Macam Di Kampung!

MENU BEKAL KREATIF TAPI MENGGERUNKAN!

Menerusi perkongsian gambar di laman Facebook Masak Tak Jadi Hari Ini, koleksi foto bekal makanan ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Apa yang kita boleh lihat adalah kreativiti menggunakan lauk dijadikan seperti wajah manusia. Namun, kreativiti tidak terhenti di situ kerana wajah manusia yang diciptakan menggunakan makanan tersebut adalah menyeramkan!

Mungkin inilah teknik untuk menarik perhatian si manja juga untuk bawa bekal ke sekolah atau anda juga boleh jadikan ini sebagai menu diet. Mana tidaknya, bila tengok wajah seram ini nak makan dengan banyak pun akan terhenti.

“TEMA ALAM KUBUR KE NI?”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai yang menunjukkan pelbagai reaksi kepada perkongsian tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa sebaik-baiknya makanan tersebut dijadikan dalam rupa bentuk yang lebih elok.

Sumber: Haikal Nasi Berlauk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×