Famili

Foto Percutian Keluarga Hairul Azreen Tarik Perhatian Netizen, Seronoknya!

34
SHARES

Sebelum ini, satu video yang dimuat naik oleh pelakon hebat, Hairul Azreen berjaya memukau netizen apabila mereka sekeluarga bercuti ke sebuah pulau menggunakan helikopter.

Jelas kelihatan dalam video tersebut, hanya mereka sahaja di dalam helikopter tersebut dan perkara itu juga menerima pujian netizen kerena mereka peka dengan keselamatan anak-anak berbanding beramai-ramai di luar.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Kongsi Air Boleh Order Di Starbucks Sesuai Untuk Anak, Hanya 2 Bahan Je!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

FOTO PERCUTIAN KELUARGA HAIRUL AZREEN TARIK PERHATIAN NETIZEN

Lebih menarik perhatian apabila melihat gambar kedua-dua anak pasangan selebriti ini kerana telatah mereka yang comel setelah tiba di Pulau Redang. Hairul turut menjelaskan ini merupakan pertama kali anak keduanya iaitu Alisya Aisyah bercuti dek kerana dia dibesarkan ketika penularan wabak Covid-19.

Alisya dan abangnya, Yusuf Iskandar juga gembira bermain bersama di persisiran pantai sambil menikmati deruan ombak kecil Pulau Redang.

DIPELAWA NAIK SUPERYACHT

Selain itu, Hairul juga sempat berkongsi detik gembira di laman Instagramnya apabila mereka sekeluarga sempat berjumpa dengan salah seorang individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, Tan Sri Vincent Tan mempelawa pasangan selebriti dan anak-anak untuk menaiki kapal mewahnya itu dan menganggap rezeki yang tak disangka-sangka.

“AWW, COMELNYA YUSOF & ALISYA”

Perkongsian Hairul dan Hanis tentang percutian mereka sememangnya membuatkan netizen turut gembira melihat mereka sekeluarga meluangkan masa bersama. Rata-rata netizen juga sempat memuji kecomelan dua beradik itu yang begitu rapat dan memahami antara satu sama lain.

 

Sumber: Instagram Hairul Azreen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×