Famili

[VIDEO] Ibu Kongsi Air Boleh Order Di Starbucks Sesuai Untuk Anak, Hanya 2 Bahan Je!

270
SHARES

Starbucks merupakan antara minuman kegemaran ramai kerana aneka pilihan seperti kopi, teh dan juga buah-buahan. Antara yang menjadi pilihan pastilah karamel dicampur dengan krim. Lemak-lemak manis dan cukup rasa. Walau bagaimanapun, kalau ibu bapa berhajat untuk membelikan air buat si kecil mereka tetapi risau dengan kandungan gula dalam air tersebut, anda boleh cuba order air ini untuk anak-anak. Hanya dua bahan sahaja digunakan dan yang paling penting, sedap!

Baca juga: 8 ‘Secret Menu’ Di Starbucks Anda Boleh Order Sendiri

IBU KONGSI AIR BOLEH ORDER DI STARBUCKS SESUAI UNTUK ANAK,

Perkara ini dikongsi oleh seorang ibu di laman TikToknya yang membeli air Starbucks untuk dirinya tetapi si kecil gemar meminta dan mengundang risau kerana air tersebut agak manis untuk usia di bawah dua tahun.

“Asal air kita laju sahaja dia minum. Tengok tangan tu laju nak mencapai. Nah sekarang tak payah berebut. Dia punya sebekas sendiri,” jelasnya.

Menurut ibu yang dikenali sebagai Najlaabaha, jika mahu membuat pesanan untuk air si kecil, ibu-ibu boleh memesan ‘BabyCino’. Menariknya, Babycino diperbuat daripada susu suam serta serbuk koko tanpa gula. Ini bermakna, sesuai untuk diminum untuk bayi usia satu tahun ke atas kerana kandungan gula yang tidak melebihi.

Tambahnya lagi, ibu bapa juga add-on karamel tetapi ada penambahan wang dan ianya terpulang kepada pilihan masing-masing. Sekali-sekala untuk anak, apa salahnya.

“BOLEH ORDER UNTUK ANAK LEPAS NI…”

Sudah pasti perkongsian itu mendapat sambutan warganet dan ibu-ibu juga mengalami pengalaman sama di mana, anak-anak gemar meminta minuman manis.

Rata-rata mereka berterima kasih dengan perkongsian tersebut dan bercadang selepas ini akan memberi air tersebut untuk anak-anak.

Sumber: TikTok NajlaaBaha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×