Kini Trending

Filem ‘Doctor’ Ketengahkan Isu Serius Tapi Santai. Penat Asyik Gelak!

486
SHARES

Review Filem Tamil ‘Doctor’ (2021)

Sesekali filem Tamil buat genre dark comedy, fuhh tak sangka memang meletop!

Jangan pandang sebelah mata dengan filem Tamil ni, siap dapat rating 8.0/10 tau di IMDB!

Ramai yang dah tengok filem Doctor di Netflix dan katanya banyak scene kelakar pecah perut.

Oleh kerana banyak review di Facebook, jadi kami pun tertarik untuk tonton dan buat ulasan melalui artikel ini.

Plot

Filem Doctor mengisahkan seorang doktor tentera bernama Varun yang terpaksa putuskan pertunangannya dengan Mini kerana tidak serasi.

Nak dijadikan cerita, pada hari mereka putus tunang, anak saudara Mini pula hilang disyaki diculik ketika dalam perjalanan balik sekolah. Nak mengharapkan polis pun susah sebab semua buat tak endah tentang hal ni.

Dari situlah, Varun pun tawarkan diri untuk bantu keluarga Mini cari anak saudaranya yang hilang. Misi pencarian anak saudara Mini juga disertai oleh Bhagat, seorang polis samaran dan seorang penculik bernama Pratap.

Mereka turut mendapat bantuan daripada samseng jalanan yang pandai selok-belok di Goa yang bernama Mahaali dan Killi.

doctor 2021 filem tamil

Kredit Foto : indiaglitz.com

Apa yang menjadikan filem ini istimewa berbanding filem Tamil lain ialah barisan pelakon komedi power yang begitu pandai membawa watak.

Jenaka Pratap lakonan Yogi Babu dan Bhagat lakonan Raden Kingsley menjadikan filem ini penuh dengan scene kelakar walaupun membawa tema action comedy.

Scene aksi juga disusun dengan cukup cantik dan seimbang dengan saspens dan komedi slapstik yang sukar untuk penonton lupakan.

Boleh tonton trailer filem Doctor di bawah !

Walaupun Doktor Varun tu jenis yang ‘tak ada perasaan’, tapi pengembaraan mereka untuk selamatkan anak sedara mini jadi kelakar bila ramai-ramai join untuk tewaskan sindiket penculikan dan sekaligus membongkar sarang human traficking yang besar di Goa.

Filem yang sepatutnya bersuasana lebih serius jadi lebih ringan dan sangat menghiburkan dengan adegan lawak selamba.

doctor netflix

doctor netflix

doctor 2021 filem tamil

Kredit Foto : Facebook 

Menurut tabloid The Hindu, pengarah filem Doctor, Nelson Dilipkumar dikatakan berjaya memukau penonton dengan kisah pengembaraan keluarga biasa dengan kemampuan luar biasa demi menyelamatkan orang tersayang.

Rata-rata pengkiritk filem di India juga cukup memuji pendekatan Nelson dalam mengetengahkan genre dark comedy yang jarang dibawa di layar perfileman Tamil.

Punyalah power cerita ni sehingga berjaya menjadi filem Tamil kedua pecah panggung untuk tahun 2021 selepas filem Master yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Filem ini juga membawa tuah kepada pelakon watak Varun, Sivakarthikeyan kerana berjaya menjadi filem yang paling ramai tontonan sepanjang penglibatannya dalam lakonan.

Agaknya cerita kelakar sebegini memang cukup dinanti-nantikan bagi ramai penggemar filem Tamil yang mencari hiburan ringan dan mencuit hati pada waktu pandemik ini.

Filem ini juga sudah ditayangkan di Netflix untuk dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga!

doctor netflix

Kredit gambar: Nora Razalli

Ulasan Penonton Di Facebook

Review #1
Filem lakonan SK ini ibarat kita sedang belayar diatas kapal sambil menikmati kenyamanan angin laut. Pergerakan tidak laju tapi kita layan keseronokan suasasa tu tanpa sedar kita tiba-tiba gelak & senyum sorang2. Hahaha
Idea plot jalan cerita yang segar. Babak2 yang kreatif. Lawak yang bersahaja.
Paling takleh belah watak SK sampai ke akhir watak tak ada perasan dia menjadi. Hahaha. Aku suka sungguh kelainan watak ni.
Patutlah rating imdb 8.1/10 & filem box office.
Boleh tonton di Netflix.
Review #2

Semalam Bangjad tengok satu movie tamil ni. Untuk yang nak tengok movie santai-santai release tension stress memang sesuai tengok movie ni.

Tajuk DOCTOR. tengok trailer macam serius. Kita pun dalam otak dah set ni cerita serius macam thriller + penyiasatan.

Bila dah start tengok, fuh, kira 2 jam lebih tak berhenti gelak. Ada ja benda bukan-bukan jadi. Tambah-tambah cerita tamil kan, memang lain macam action dan lawak dia. Lagi-lagi kalau hampa tengok part dalam keretapi. Boleh golek gelak.

Cakap banyak takmau, pi tengok lekaih dekat Netflix.
Memang surrr. Bangjad bagi 4.5/5 bintang

Sumber: Fairul Haizad Fahrurazi

 

Review #3

Tengok poster dia tak sangka movie dia sangat kelakar rupanya. Tambah2 lagi yg pembantu polis tu. muka garang sentiasa. Yg hero dia tak senyum langsung

Tengok dah?
Tajuk movie: doctor (tamil)

Sy tengok kat Netflix

Sumber: Nora Razalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×