Nur

Fadhilat & Kelebihan Solat Dhuha Berserta Hadis. Mesti Baca!

Fadhilat & Kelebihan Solat Dhuha Berserta Hadis. Mesti Baca!
Fadhilat & Kelebihan Solat Dhuha

Foto Kredit: Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah

*Nota: Teks gambar di atas adalah seperti di bawah

Fadilat Dan Kelebihan Solat Dhuha – Murahkan Rezeki, Menolak Kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha

Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kita “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enama rakaat dan lapan rakaat. Menurun sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadi yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Untuk mengamalkan solat sunat Dhuha, bagi mereka yang bekerja, adalah dicadangkan mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu. Selepas itu, kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja. In Shaa Allah, akan mendapat perlindungan Allah SWT semasa dalam perjalanan. Apabila sampai ke tempat kerja, boleh terus mengerjakan sembahyang sunat Dhuha.

Adapun niat solat sunat Dhuha ialah:

“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Untuk maklumat asal, boleh download PDF dari Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah. Siri 21/07 di sini.

Untuk informasi lanjut cara solat Dhuha yang mudah, ringkas dan betul berserta doa, boleh rujuk entri lain kami di sini.

Semoga bermanfaat!

Carian Yang Berkaitan:

  • kelebihan solat dhuha
  • fadhilat solat dhuha
  • kebaikan solat dhuha
  • kelebihan solat sunat dhuha
  • solat dhuha kelebihan
  • kelebihan dhuha
  • rahsia solat dhuha
  • fadilat solat dhuha
  • Kelebihan solat duha
  • solat dhuha dan kelebihannya
15 Comments

15 Comments

  1. miza

    September 28, 2014 at 10:27 am

    Sy akan bersalaman dgn suami sblm berpisah ke tmpt kerja masing2..jika sy n suami sudah berwuduk pasti batal wuduk kami apabila bersalaman..atau kami tidak perlu bersalaman?mohon beri pendapat.tq

    • suami_miza

      September 28, 2014 at 11:22 am

      adalah lebih afdhal mencium tgn suami sblm masing2 berpisah utk ke tempat kerja..wudhu’ bole diambil di pejabat..wallahu a’lam

    • Kadir bin sàt

      April 2, 2016 at 9:13 am

      Bagus???ayurga dibawah tapak KAKI SUAMI.

  2. safriza azwani

    September 29, 2014 at 7:33 am

    Great sharing! Memang terasa banyak sangat perbezaan selepas consistently amalkan solat dhuha 🙂

  3. asnida

    September 29, 2014 at 3:02 pm

    terima kasih berkongsi ilmu. perkara2 yang sunat ni bila diamalkan selalu terasa manisnya, terasa sayang kalau tertinggal.

  4. Sri Muchlas

    September 29, 2014 at 3:47 pm

    Dulu hidup saya sangat miskin, suami pengguran dan suka berbuat maksiat ( judi dan minuman keras), saya selalu sabar, selain sholat lima waktu, setiap pagi saya sholat dhuha 2 rakaat, terus seperti itu ikhlas karena Allah, dan Alhamdulilah sekarang atas izin Allah, suami saya berubah, rajin sholat dan tidak lagi bermaksiat, dan sekarang saya sudah punya toko ATK yg cukup besar, saya sampai bingung bagaimana jalannya saya dan suami bisa seperti sekarang ini, kini barulah saya sadar, semua ini karena pertolongan Allah melalui sholat dhuha yg sering saya lakukan, Allah Maha Besar.. Thank You Allah 🙂

  5. Azzah

    January 6, 2015 at 10:42 pm

    thank you for sharing 🙂

  6. Halimah binti Mohd Yassin

    January 18, 2015 at 4:58 am

    Alhamdullillah sharing is caring…

  7. Emy Roshaida

    January 12, 2016 at 2:56 pm

    Nice sharing. tq very much. Semoga terus istiqomah dalam berdhuha.

  8. bontang

    September 9, 2016 at 4:12 pm

    terima kasih ya saudaraku yg seiman, sungguh banyak kahisiat sholat dhuha, sayang kalau kita tinggalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top