Asuh

Pakar Kanak-Kanak Jelas Anak Umur 2 Tahun Ke Bawah Tak Perlu Pakai Face Mask, Bahaya!

297
SHARES

Sejak penularan wabak merbahaya ini, pemakaian topeng muka atau face mask sudah menjadi kewajiban. Pemakainan face mask ini juga bukan sahaja tertumpu kepada orang dewasa, malah kita dapat lihat anak-anak yang masih kecil juga turut dipakaikan face mask tersebut. Namun, perlu atau tidak penggunaan face mask ini dalam kalangan kanak-kanak sebenarnya?

Untuk menjawab persoalan ibu bapa mengenai hal ini, seorang doktor pakar kanak-kanak menjelaskan di laman Facebook beliau sama ada perlu atau tidak anak yang masih kecil memakai face mask. Ini juga khusus kepada anak-anak bawah usia 2 tahun.

SEBAB APA TOPENG MUKA BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Nampak comel, tapi topeng muka tak boleh dipakai oleh kanak-kanak dibawah umur 2 tahun. Produk topeng muka kain tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.

1. Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui topeng muka lebih menyesakkan nafas mereka.

2. Bayi yang memakai topeng muka secara longgar tak beri apa-apa perlindungan pada mereka.

3. Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai topeng muka, tak dapat membuka topeng muka tu dengan sendiri. Dia juga tak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.

4. Tidak ada topeng muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.

5. Kebanyakan kanak-kanak kecil akan cabutkan topeng muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.

BAGAIMANA SAYA BOLEH LINDUNGI ANAK SAYA DI TEMPAT AWAM?

1. Tak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.

2. Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.

3. Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.

4. Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.

5. Ajarkan anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.

6. Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.

7. Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.

Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya. Kita cuma nak pastikan anak kita sihat dan selamat.

Sumber: Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×