Buat semua peminat Ejen Ali The Movie, bersiap sedia untuk lonjakan kuasa luar biasa! Ejen Ali kini melangkah ke tahap seterusnya dengan gabungan tenaga bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam misi epik terbaharu yang menggemparkan!
Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini lebih perkasa dengan aksi pengembaraan luar biasa yang dikuasakan oleh ledakan inspirasi dan inovasi dari TNB.
Baca juga: “Binatang Pun Sayang Anak”- Bayi Baru Lahir Berbalut Kain Ditemui Dalam Semak Di Belakang Surau
EJEN ALI THE MOVIE 2 BERGABUNG DENGAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
Kerjasama berkuasa tinggi ini diumumkan seiring dengan pelancaran teaser rasmi terbaru yang penuh aksi, sekali gus mencetuskan siri kempen gempak kreatif menjelang pelancaran filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2025!
Teaser rasmi kedua mendedahkan kemunculan semula musuh Ejen Ali, Neonimus – seorang penggodam licik yang mendapat inspirasi daripada permainan video untuk mencetuskan huru-hara di kota futuristik Cyberaya. Dengan motifnya yang masih misteri, Neonimus melancarkan cabaran getir yang memaksa agensi rahsia MATA untuk menghantar ejen wira terbaik mereka, Ejen Ali, lengkap dengan sut perisai canggih SATRIA, bagi menumpaskan helah penjenayah ini.
Oleh itu, sebagai pembekal utama tenaga di Malaysia, penglibatan TNB dalam EATM2 melonjakkan misi filem ini melangkaui hiburan semata-mata. Berpegang pada visi ini, EATM2 menampilkan pendekatan kreatif dalam memperkenalkan TNB sebagai penyedia tenaga masa depan di Cyberaya, dengan pelbagai aset penjanaan kuasa TNB yang hebat dan canggih bakal memenuhi kota futuristik ini.
Kolaborasi strategik ini menandakan kali kedua TNB menyatukan misi mereka sebagai Penaja Utama Ejen Ali The Movie, dan gabungan sempurna teknologi dan kreativiti ini menjanjikan percikan inspirasi yang akan membakar semangat penonton di seluruh negara!
INSPIRASI GENERASI BAHARU UNTUK GAYA HIDUP PINTAR
Pn. Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, berkata, “Kami amat berbangga kerana TNB menjadi Penaja Utama untuk Ejen Ali The Movie 2. Kejayaan kolaborasi kami untuk filem pertama pada 2019 membuktikan sinergi antara jenama kami. Kami yakin bahawa dunia inovatif Ejen Ali adalah medium terbaik untuk mempamerkan program dan teknologi tenaga dari dunia sebenar yang dikelolakan TNB, sekali gus memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengamalkan gaya hidup pintar dan lestari,”
Sementara itu, En. Usamah Zaid Yasin, Pengarah Ejen Ali The Movie 2 dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, turut meluahkan rasa penghargaan, “Kami amat menghargai sokongan TNB dalam memperkukuhkan kuasa Ejen Ali The Movie 2 dan kerana terus mempercayai daya kreativiti kami. Gabungan ini bukan sahaja membawa Ejen Ali kembali ke layar perak dengan penuh gemilang, malah kami teruja untuk menyampaikan mesej penting dalam kerjasama rapat dengan TNB bagi menjayakan misi ini di pawagam pada tahun 2025.”
Kerjasama antara TNB dan Ejen Ali ini adalah lebih daripada sekadar misi – ia adalah satu gerakan! Mengulas mengenai kerjasama penuh visi ini, Encik Samsul Ariffin Zainuddin, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, berkongsi pendapat,
“Di Tenaga Nasional Berhad, kami percaya kuasa penceritaan boleh mencetuskan perubahan dan menyemarakkan inovasi. Kolaborasi kami bersama Ejen Ali The Movie 2 selari dengan komitmen kami untuk memacu kesedaran mengenai penyelesaian tenaga lestari dan teknologi masa depan. Gandingan bersama di dalam dunia imaginatif Ejen Ali The Movie 2, merupakan platform kreatif yang terbaik dalam memberi inspirasi dan mendekati penonton tempatan dan antarabangsa, terutamanya generasi muda, sambil menekankan kepentingan peralihan tenaga, kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, dan keselamatan elektrik. Bersama-sama, kita memperkasakan masa depan yang lebih baik, lebih cerah dan lestari — dengan satu misi yang sama.”
Jadi, jangan ketinggalan aksi mendebarkan ini! Tonton teaser rasmi kedua EATM2 sekarang di saluran YouTube rasmi Ejen Ali di www.youtube.com/ejenali dan bersiap sedia untuk misi paling gentar apabila Ejen Ali The Movie 2 menemui anda di pawagam pada tahun 2025!
Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!