Kerajaan Selangor telah mengumumkan pada awal April yang akan membatalkan semua Bazaar Ramadhan pada tahun ini. Pembatalan ini dilakukan disebabkan krisis Covid-19 yang masih berlaku dinegara ini. Susulan dengan pembatalan tersebut, alternatif untuk penduduk Selangor telah diperkenalkan.
Alternatif yang telah diumumkan itu adalah E-Bazar Ramadhan Selangor Grab. Dengan alternatif ini, sudah pastinya menggembirakan penduduk Selangor dan juga memudahkan mereka untuk membeli makanan sepanjang Ramadhan. Alternatif ini juga bagus jika dilakukan oleh negeri negeri lain kerana ini tidak melibatkan pengumpulan ramai orang pada satu masa. Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari telah menyiarkan kenyataan media melalui akaun twitternya sendiri.
E-Bazar Ramadhan Dapat Kerjasama Grab
Kerajaan Selangor mengambil inisiatif ini bagi membina suatu ekosistem keusahawanan baharu yang menampilkan kerjasama dari Grab Malaysia. Platform digital ini dinamakan dengan nama E-Bazar Ramadhan Selangor Grab yang membolehkan para peniaga menjana pendapatan sepanjang Ramadhan dan juga memperi peluang kepada warga Selangor untuk membeli juadah berbuka sepanjang Ramadhan secara atas talian.
Konsep E-Bazar Ramadhan ini hanya membenarkan pembeli melakukan pembelian secara online sahaja dan hanya melalui aplikasi Grab dimana mereka akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
15 Lokasi Telah Dikenal Pasti
Selain itu, sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi perlaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen). Di peringkat Kerajaan Negeri pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH.
Pihak Grab juga telah menyediakan pautan khas berkaitan E-Bazar ini melalui www.grab.com Disini juga disediakan ruangan FAQ dengan memberi sedikit oenerangan berkaitan servis yang disediakan.
Segala informasi berkaitan E-Bazar Ramadhan ini boleh diketahui dilaman web tersebut. Servis yang diperkenalkan ini bakal mengujakan ramai orang!
Sumber : Grab Food