Famili

DUTCH LADY Tampil Dengan Pek Baharu & Lancar Ciri Terkini Aplikasi MaxGro Growth Tracker!

190
SHARES

Bagi meneruskan usaha menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak di Malaysia, DUTCH LADY Milk Industries Berhad (DLMI) memperkenalkan dua saiz pek baharu mereka. Saiz hidangan baharu tersebut didatangkan dalam pek 405g yang mengandungi 15 sachet, dan pek kembar 1.2kg bersamaan dengan dua pek 600g.

Ia bertujuan untuk memberi lebih kemudahan dari segi pemilihan dan nilai kepada ibu bapa bagi membantu mencapai potensi pertumbuhan kanak-kanak.

Kedua-dua saiz baharu tersebut membantu kanak-kanak mencapai potensi pertumbuhan mereka dengan penawaran yang tinggi nutrien. Selain itu, mereka juga telah melancarkan inovasi terkini iaitu aplikasi DUTCH LADY MaxGro. Jom tengok apa yang menarik tentang pembaharuan DUTCH LADY kalini!

DUTCH LADY membekalkan nutrisi susu yang dipercayai di Malaysia

Memahami keperluan ibu bapa di Malaysia, DUTCH LADY sehingga kini terus komited membekalkan rakyat Malaysia dengan nutrisi susu yang dipercayai, dan berazam untuk meneruskan usaha ini dengan menawarkan lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Oleh itu, kini DUTCH LADY menampilkan rangkaian produk yang mempunyai diet yang tinggi nutrien. Ini amat penting untuk membantu menangani fenomena malnutrisi di Malaysia memandangkan laporan menunjukkan bahawa 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah lima tahun adalah terbantut¹.

Manakala 1 daripada 2 kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai Saranan Pengambilan Nutrien untuk Kalsium dan Vitamin D² yang mana kedua-duanya penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. 

Disertakan dengan pelbagai nutrisi penting untuk kesihatan anak-anak anda

Ia juga mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan dan pertumbuhan manakala makanan yang tinggi tenaga mengandungi jumlah kalori bagi setiap hidangan yang lebih tinggi kerana kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi, serta gula dan garam tambahan.

Oleh itu, sebagai contoh, ibu bapa boleh menggantikan diet yang tinggi tenaga dengan diet yang tinggi nutrien dengan memilih makanan yang lebih berkhasiat seperti menggantikan burger dari restoran makanan segera dengan sandwich, aiskrim dengan yogurt kosong bersama buah-buahan, gula-gula dengan buah-buahan segar, susu berperisa dengan susu formula kanak-kanak dan sayur goreng dengan sayur yang distim.

Diformulasi khas untuk menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak

Selain itu, DUTCH LADY MaxGro ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1-9 tahun dan merupakan makanan pendietan formula berasaskan susu yang pertama dari DUTCH LADY.

Ia juga membekalkan kanak-kanak dengan 80% daripada saranan pengambilan nutrien harian (Malaysia RNI 2017)³, serta kaya dengan pelbagai nutrien penting iaitu 9 Asid Amino Penting (9EAA), Asid Dokosaheksaenoik (DHA), Kalsium dan Vitamin D.

Nutrien-nutrien lain yang boleh didapati di dalam DUTCH LADY MaxGro termasuklah Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Zink, Vitamin A, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

DUTCH LADY MaxGro ini juga diformulasi khas untuk menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak seperti yang diakui oleh ibu-ibu sebenar di Malaysia, di mana 97% daripada mereka bersetuju bahawa mereka berpuas hati dengan penambahan ketinggian anak-anak mereka selepas meminum DUTCH LADY MaxGro⁴.

DUTCH LADY juga memperkenalkan sebuah aplikasi mudah alih iaitu MaxGro Growth Tracker

Selain daripada nutrisi yang baik, pemantauan pertumbuhan secara konsisten juga penting untuk meminimumkan risiko berkaitan pertumbuhan dan mengenal pasti masalah dari peringkat awal.

Sesuai dengan matlamat mereka untuk membantu kanak-kanak di Malaysia mencapai potensi pertumbuhan, DUTCH LADY telah memperkenalkan MaxGro Growth Tracker iaitu sebuah aplikasi mudah alih yang membantu ibu bapa bagi memantau pertumbuhan anak-anak bersempena pelancaran DUTCH LADY MaxGro pada Februari awal tahun ini.

Sejak pelancaran MaxGro Growth Tracker, 98% ibu-ibu bersetuju bahawa alat pemantauan pertumbuhan itu amat membantu mereka memantau pertumbuhan anak-anak mereka.

Untuk menjadikan ianya lebih menarik, DUTCH LADY telah melancarkan satu ciri baharu untuk aplikasi tersebut iaitu Growth Predictor yang memberi ibu bapa gambaran keseluruhan untuk pertumbuhan anak-anak mereka.

Aplikasi ini boleh didapati di Google Play secara percuma tau dan ia dapat memantau pertumbuhan anak-anak anda di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Mudah kan? 

Sertai sesi Facebook Live secara eksklusif yang dianjurkan DUTCH LADY hujung bulan ini!

Bukan itu saja, bersempena pelancaran saiz pembungkusan baharu dan ciri baharu aplikasi MaxGro Growth Tracker, DUTCH LADY juga menganjurkan sesi Facebook Live secara eksklusif pada hari Sabtu, 30 Oktober, jam 9 malam bersama Adlil Rajiah iaitu Pakar Penjagaan Awal Kanak-kanak, dan Miah Chua, Pakar Pemakanan Korporat DUTCH LADY, mengenai topik Pemakanan Tinggi Nutrien untuk Pertumbuhan Optimum

Sesi secara langsung tersebut bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai kepentingan memilih diet yang tinggi nutrien untuk menyokong keperluan pertumbuhan kanak-kanak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi live ini, anda boleh tengok di Facebook mereka. 

Tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk dapatkan DUTCH LADY MaxGro dengan pek baharu mereka harini tau!

Jom sokong perkembangan anak supaya menjadi lebih bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi berkhasiat daripada DUTCH LADY. Saiz pembungkusan baharu DUTCH LADY MaxGro juga boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara dengan harga RM29.90 – 27g x 15 Pek Hidangan, dan RM 68.20 – 600g x 2 Pek Kembar.

Untuk dapatkan sampel percuma, boleh layari www.smartmoments.com.my

Rujukan:
1 Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019
https://mpaeds.my/wp-content/uploads/2020/05/5.-Fact-Sheet-NHMS-2019-English.pdf
2. Status pemakanan dan pengambilan diet kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun: hasil penemuan Kaji Selidik Pemakanan untuk Kanak-Kanak di Malaysia (SEANUTS Malaysia) https://pdfs.semanticscholar.org/05bb/4de1e68096ef84fcac60083a57b5ad6867cb.pdf?_ga=2.115456070.1595186782.1606355175-1976471054.1606355175
3.80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% daripada Saranan Pengambilan Nutrien Harian (Malaysia RNI 2017) untuk Nutrien Terpilih Seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C
4. Kaji Selidik dijalankan oleh Home Tester Club dari 22/12/2020 hingga 15/04/2021, 112 ahli telah menerima dan menguji pengambilan DUTCH LADY MaxGro di rumah selama 3 bulan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×