Suami Isteri

Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!

59
SHARES
duit suami duit isteri

Nikmat besar buat isteri apabila dikurniakan seorang suami yang pemurah, tidak kedekut hulur duit walaupun nafkah wajib tidak pernah culas. Apabila isteri minta pinjam, tak pernah kata tidak terus bagi sahaja. Bak kata seorang suami bernama Aizat Azman ini, “duit suami duit isteri juga”.

Menurutnya, dia sengaja menyediakan duit tunai di dalam dompet sekiranya si isteri ingin meminjam. Melihat isterinya yang bahagia seumpama dapat hadiah itu membuatkan Aizat bertindak sedemikian. Malah, sikap Aizat yang tidak pernah minta dibayar semula telah digantikan dengan rezeki Allah SWT yang lagi besar.

Baca juga: Nak Heret Pasangan Curang Tapi Bukti Gagal Di Mahkamah, Ini 7 Sebabnya!

DUIT SUAMI DUIT ISTERI

duit suami duit isteri

Gambar: Aizat Azman

“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu.”

Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM dekat tempat kerja rosak, malas nak pergi bank cucuk duit. Saya kata okeylah. Pergilah ambil dalam dompet, ambil berapa pun boleh.

Kebetulan saya baru sahaja cucuk duit juga. Adalah dalam dompet itu RM235.80 baki lepas dah selesai bayar bil semua.

Bila nampak ada 200+ itu pun isteri teringat sesuatu.

“Abang pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar COD barang hari ini.”

Saya kata okey sahaja. Ambillah.

“Terima kasih abang,” sambil tersenyum.

Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000. Rasa macam dipermainkan pula.

Dia bukan malas nak pergi bank sebenarnya ini, dia nak duit dari saya sahaja untuk buat dia rasa bahagia. Patutlah, bukan sekali ini tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.

Baca juga: Suami Tersedar Di Malam Pertama, Nikahi Isteri Tiada ‘Dara’, Lidah Kelu Tak Terkata!

Sengaja ada duit tunai dalam dompet, khas bagi isteri pinjam

duit suami duit isteri

Gambar: Aizat Azman

Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ini ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.

Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buatlah akal macam itu. Umpama ambil dari duit dompet saya itu macam dapat hadiahlah.

Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit itu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri.

Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

Tak pernah minta isteri bayar balik sebab Allah SWT dah tolong bayarkan

Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri. Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangatlah.

Rezeki datang tanpa ditagih. Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.

Wallahu A’lam. Ambillah banyak-banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.

Baca juga: Urutan ‘Petik Mangga’ Suami Isteri, 9 Langkah Layanan Batin Yang Lebih Romantis!

Sumber: Aizat Azman

FT Image: Aizat Azman / lifestylememory

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×