Sihat

Duduk ‘Berkurung’ Dalam Rumah Pun Anak Kerap Jatuh Sakit, Ini Puncanya!

36
SHARES

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ibu bapa ada juga yang bawa anak-anak bawa pergi klinik untuk check-up. Ini kerana anak anak mereka kerap jatuh sakit, walau hanya berada dirumah tetapi mereka tetap dijangkiti selsema, sakit tengkuk dan pelbagai lagi. Ibubapa pastinya akan risau, tambahan lagi dengan keadaan sekarang.

Tetapi perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari dilaman Facebooknya mengenai kejadian ini memberitahu perkara sebenar yang mengakibatkan anak anak mudah cepat jatuh sakit. Mungkin anda tidak sangka dengan perkara ini, tetapi inilah yang berlaku.

Anak-Anak Kerap Jatuh Sakit

Dah seminggu anak-anak duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema. Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka. Kawan-kawan yang kerja di klinik kesihatan beritahu perkara yang sama juga.

Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital. Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda immuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah. Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah dan itu yang anak duk hadap hari-hari.

– Jajan.

– Keropok.

– Mi segera.

– Air kotak.

– Gula-gula.

– Coklat.

– Minuman dalam tin.

– Air gas.

Junkfood Tidak Bagus Untuk Kesihatan

Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting. Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia. Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.

Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!
Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.

Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah. Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni. Bantu saya share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.

Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×