Famili

Hubungan Dua Jejaka Retak Akibat Tracie Sinidol? Drama ‘Antara Dua Syurga’ Di Slot Lestary TV3

7
SHARES
antara dua syurga

Bermula Januari ini, slot Lestary di TV3 bakal menyajikan anda dengan drama penuh dengan dilema iaitu Antara Dua Syurga yang dibintangi pelakon hebat tahah air iaitu Nabil Aqil, Tracie Sinidol, Zarif Ghazzi, Steve Yap, Liza Abdullah, dan ramai lagi.

Drama 8 episod arahan Faliq Sharif ini mengupas kisah persahabatan, persaingan, keimanan, serta kerumitan hubungan manusia, ia akan membawa penonton menelusuri perselisihan dan dilema kehidupan yang menguji ketabahan hati antara watak-watak.

DRAMA ANTARA DUA SYURGA DI SLOT LESTARY TV3

antara dua syurga

Drama ini bermula apabila persahabatan akbra antara Firdaus (Nabil Aqil) dan Naim (Zarif Ghazzi) yang hebat dengan kreativiti dan kebolehan luar biasa dalam menarik klien-klien besar di sebuah agensi pengiklanan ternama, mereka terpaksa menghadapi cabaran paling besar apabila diberi tugas untuk mendapatkan pelabuhan penting daripada Azami Food Industries.

Misi ini juga membawa mereka berhadapan dengan May Wong (Tracie Sinidol), ketua pemasaran yang terkenal dengan kesukaran untuk bekerja bersama.

Untuk menarik perhatian May, Firdaus dan Naim merancang pelbagai strategi, namun mereka menyedari bahawa minat May terhadap Islam boleh menjadi jalan untuk memudahkan tugas mereka.

Dalam perjalanan spiritual May mendekati Islam, May memilih nama Jannah, yang bermaksud ‘Syurga’, setelah memeluk Islam. Perubahan ini memberi nafas baharu kepada hubungan mereka bertiga, mendekatkan mereka tetapi turut mencetuskan konflik dalaman.

Kemunculan Zain Rizman, iaitu ketua agensi pesaing pula mengeruhkan keadaan dengan taktiknya yang licik untuk menggagalkan setiap langkah Firdaus dan Naim, memberikan tekanan hebat buat mereka.

Sejauh manakah Firdaus dan Naim akan berjuang demi mengejar cinta Jannah, meskipun persahabatan mereka semakin rapuh? Persoalan utama, siapakah yang akan menjadi pilihan Jannah dalam hidupnya? Apakah yang akan tersisa pada akhir cerita ini; persahabatan yang kekal utuh atau cinta pasangan yang menghancurkannya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod pertama Antara Dua Syurga, mula bersiaran 3 Januari 2025 ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3! Anda juga boleh strim 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat

Baca juga: Taman Tema Air Indoor Sesuai Untuk Anak, Monkeys Splash Zone Kini Dibuka Di Cheras!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×