Asuh

Setiap Hari Anak-Anak Berebut Nak Didoakan, Rupa-Rupanya Ini Amalan Rahsia Si Ibu…

14
SHARES

Doa merupakan senjata yang paling kuat buat orang Muslim. Dengan doa serta diiringi usaha merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dna juga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Begitu juga dalam soal mendidik anak-anak, dimana ibu bapa amat menyarankan untuk mengamalkan doa-doa tertentu dalam memelihara akhlak mereka.

Begitu juga dengan perkongsian ibu ini dimana dia mengamalkan beberapa doa untuk anak-anaknya. Apa yang dapat dilihat adalah perubahan yang ketara terutama sekali apabila mudahnya anak-anak menurut kata dan hati menjadi lebih lembut. Jom sama-sama kita amalkan.

“PAGI PAGI BEREBUT-REBUT NAK IBU BERDOA”

Setiap pagi dalam kereta mesti berebut nak ibu berdoa siapa yang dulu.

Kayyis : ibu cepat doa kayyis nak masuk syurga..

Kiysaa : ibu caa nak pandai baca buku ye. ..dapat no 1

Berebut-rebut la tangan ibu ni nak letak pada ubun-ubun dorang. Tersenyum-senyum la ibu melihat keletah dua beradik ni. Alhamdulillah hampir setahun ibu amalkan, dan nampak perubahan anak-anak ibu. Sebagai ibu, jangan sia siakan peluang yang Allah bagi. Doa setiap masa, doa tanpa henti, cakap yang baik-baik. Doa ibu tiada hijabnya. Amin Ya Allah Ya Mujib

Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.

Ya Fattah

Ya Alim

Ya Nur

Ya Hakim

Ya Rashid

Ya Hafiz

Ya Muhaimin

YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK-ANAK KAMI ( sebut nama penuh anak) DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.

Seterusnya titipkan doa ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ
الْبَيَانَ (4)

Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak. Ya Mujib. Semoga bermanfaat buat semua ibu ibu.

Sumber: Shiela Amir

Most Popular

To Top
×