DIY & Kraf

‘Saya Kutip 2 Buah Kerusi Meja Makan Yang Dibuang & DIY Jadi Sofa Ini’

0
reads
diy sofa kayu

“Saya jumpa 2 biji kerusi meja makan yang orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je…”

Menjelang Ramadhan ini, mesti dah ramai yang memikirkan idea dekorasi untuk rumah masing-masing. Kalau boleh, dah tentu nak cari idea yang paling bajet, tapi tetap cantik dan praktikal.

Di sini kami tampilkan idea DIY sofa kayu oleh Puan Mastura Mohd Yusoff dengan cara langkah demi langkah.

DIY Sofa Kayu Daripada 2 Buah Kerusi Meja Makan

Bahan-bahan

  • 2 buah kerusi meja makan yang dah tak digunakan
  • 4 keping span – tebal 8mm
  • kain perca
  • skru
  • kayu panjang
  • plywood
  • spray

Cara-cara

1. Potong

Mula-mula, potongkan bahagian depan tempat duduk kedua-dua kerusi meja makan seperti dalam gambar di bawah.

diy sofa kayu

2. Cantum

Kemudian, cantumkan kedua-dua buah kerusi ini dengan meletakkan sebatang kayu dan dipakukan.

Saya tambahkan juga 3 batang lagi kayu melintang di bahagian tempat duduknya supaya lebih kukuh.

3. Sesuaikan Ketinggian Penyandar

Kalau penyandarnya agak tinggi, boleh rendahkan sedikit dengan memotongnya. Kalau tak potong pun tak apa, asalkan anda selesa dengan ketinggiannya.

Saya potongkan hampir separuh daripada ketinggian asal.

Kemudian, saya ubahsuai sedikit dengan menggunakan semula kayu yang diambil daripada kerusi yang sama ini juga. Saya ambil kayu dari bahagian yang bertanda X di bawah.

4. Pasang Papan 

Untuk tempat duduknya, saya gunakan sekeping plywood tebal.

5. Pasang Span

Bila dah siap, kita bolehlah buatkan bahagian kusyennya.

Kalau nak senang, balutkan saja span yang telah dilapis-lapis dengan menggunakan kain perca. Bagi yang rajin, boleh buat lekuk-lekuk pada bahagian permukaannya. Skrukan saja. Kalau guna stapler pun lebih mudah.

Kemudian, tambahkan manik untuk menutup skru pada permukaan kusyen tadi.

6. Spray

Akhir sekali, spraykan ikut warna kesukaan anda. Kalau warna kerusi tadi masih elok, tak perlu spray pun tak apa. Cukuplah dengan mengemaskan setiap hujungnya supaya tak ada yang tajam.

Siap!

Beginilah hasilnya.

Jimat & Cantik

Jadi lepas ini janganlah buang kalau ada kerusi meja makan yang dah tak digunakan lagi. Boleh juga buat sofa kayu begini.

Memang unik dan pastinya akan menyerlahkan lagi ruang dalaman rumah. Ala-ala IKEA gitu!

 

*Idea DIY sofa kayu ini merupakan ilham Puan Mastura Mohd Yusoff yang pertama kalinya dikongsikan melalui Kelab Kaki DIY. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

Yang Popular

To Top