DIY & Kraf

DIY Pasu Telangkup Yang Mudah,Tak Perlu Risau Lagi Nak Buat Majlis ‘BBQ’!

160
SHARES

Nak buat majlis BBQ tapi tak ada tempat pembakar? Nak beli mahal pula harganya. Jadi, alternatif yang lain adalah membuat DIY tempat pembakar yang dipanggil Pasu Telangkup. Dengan menggunakan dua jenis pasu, anda sudah boleh dapat tempat pembakar yang lebih murah harganya. Bukan itu sahaja, dengan melakukan aktiviti DIY sebegini di rumah, hubungan kekeluargaan juga makin erat betul tak? Jom kita ikut langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membuat Pasu Telengkup ini. Mudah saja!

Pasu Telangkup DIY

Bahan-bahan
1 Pasu Besar
1 Pasu Kecil
5 Handle pintu
1 pcs Paku
1 Tray Besi (Pinggan Besi)
1 Jaring Panggang (Besar)
1 Jaring Panggang (Kecik)
10 Screw Panjang (2 or 3 inci)
10 Nut
20 Skru Washer
Drill & Mata Drill
Marker pen

CARA- CARA

1) Cari pasu yang saiz kedua-duanya sama besar. Check di setiap permukaan pasu sebelum tebuk. Takut retak & pecah. Bila dah yakin, tandakan lubang yang akan di tebuk menggunakan marker. Tips tebuk di permukaan licin ialah ambil paku kecil & ketuk sikit pada tanda yang hendak di lubang tu. Dah ada tanda, baru tebuk pakai drill. Gunakan mata drill yang lebih kecil dahulu..lepas tu baru besarkan dengan mata drill yang besar.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

2) Tebuk 2 lubang bagi 1 handle di sekeliling pasu. Dikeliling pasu tu mesti ada 4 handle pintu. Jadi anda perlu tebuk dalam keadaan selari. Iya bertujuan supaya kita boleh angkat pasu itu dengan mudah sama ada tengah memasak atau ketika mengemas nanti. (Pasu masih dalam keadaan panas)

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

3) Bila dah tebuk, pasang skru pada handle bersama-sama washer dan nut. ikat ketat2. Pastikan skru tersebut panjang supaya boleh menampung berat jaring panggang (besar) dari jatuh ke bara api di bawah. Pastikan juga kedudukan skru handle tu semua sama tinggi. Barulah jaring Panggang tu tak senget. Nak lagi selamat pakai timbang air OK.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

4) Ambil pasu kecik dan tebuk di tengah2 bahagian bawah untuk proses pemasangan handle diatas. Lepas tu pasang
skru, washer & nut seperti step yang sebelum ni.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

5) Ambil jaring panggang (kecik) letak di dalam pasu besar. Tengok keadaan ruang di bawah jari panggang (kecik) tersebut. Tebuk 4 lubang udara di bawah kedudukan jaring panggang (kecik) supaya oksigen masukkan ketika pembakaran dalam keadaan pasu ditutup.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

6) Ambil tray besi dan lubang2kan ikut kesukaan anda & letak diatas jaring panggang (kecik). Tray ini bertujuan supaya bila kita letak arang iya tidak terjatuh ke dasar pasu besar.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

7) Siap. Kalau rajin hias er cantik2 pasu tu ok. Panggang ayam dalam 45minit – 1jam. Jangan risau walaupun sejam panggang, ayam masih lagi berjus janji anda PANGGANG PAKAI BARA ARANG, BUKAN PAKAI API

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

TIPS TAMBAHAN 

– Pilih pasu tebal supaya kekal bahang panas & tak mudah retak.
– Bakar 40% arang, 60% ranting kayu (rasa panggang lebih terangkat).
– Padam api yang menyala sebelum proses pemanggangan. Panggang guna “BARA ARANG SAHAJA”.
– Jaring Panggang ada jual di kedai DIY or hardware.
– Lagi besar pasu..lagi banyak boleh bakar. Tapi jangan besar sangat nanti susah nak angkat. 
– Time bakar, nak angkat pasu kecik tu alas pakai kain sebab panas.
– Lubang sedia ada di pasu tak perlu tampal. (biar oksigen lebih baru arang senang hidup menyala)
– Boleh letak tape tahan panas di sekeliling bibir pasu supaya bahang bara arang tidak keluar diantara pasu besar & pasu kecil.
– Kalau nak cepat masak, tutup lubang pasu kecik dengan kayu or dll. biar bahang panas tak keluar dari atas.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

Sumber Facebook : Feast’za Ismail

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×