Asuh

DIY Mainan Jeli Sensori Untuk Anak, Boleh Kenal Tekstur Baru!

15
SHARES

Kalau sebelum ini ibu bapa menggunakan ‘lumpur tanah’ buatan sebagai messy play anak-anak. Apa kata kali ini cuba pula mainan sensori menggunakan jeli. Haa yang seronoknya boleh masuk mulut dan tak membahayakan kesihatan si manja.

Mainan jeli sensori ini bagus untuk deria rasa dan mengelakkan anak kecil geli dengan benda-benda lembik dan sebagainya. Nak tahu cara buat? Jom tengok perkongsian di bawah.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Kongsi Idea Messy Play Menarik Untuk Anak, Ingatkan Lumpur Tanah Betul!

IDEA DIY MAINAN JELI SENSORI UNTUK ANAK

Menjengah ke laman TikTok milik ibu bernama Mama Shee, dia memperkenalkan mainan jeli sensori yang dibuat daripada agar-agar sahaja. Haa senang kan?

“Messy play lagi-lagi dan lagi. Seronoknya! Hana seronok, mama pun seronok,” jelasnya.

sensori

Tambahnya lagi, mainan jeli ini dapat membantu untuk Hana mengenali tekstur baharu dan membantu Hana untuk lebih peka dengan setiap objek yang dipelajari.

Senang sahaja nak buat mainan jeli sensori ni, ini cara-caranya:

Bahan-bahan:

  • Air
  • Serbuk agar-agar
  • Toys
  • Dulang atau bekas

Cara penyediaan:

– Masukkan air dan serbuk agar-agar. Masak atas api sekejap. Gaul-gaul dan siap.

– Biarkan sejuk dan tuang atas dulang. Letak la apa-apa toys then boleh masuk chiller. Dah siap.

Senangkan? Guna bahan yang ada di dapur sahaja pun dah boleh hasilkan mainan sensori yang terbaik untuk si kecil. Tak ada istilah membazir bila kita tengok anak-anak explore benda baharu. Betul tak?

“TERIMA KASIH SENTIASA ADA AKTIVITI BARU…”

Video yang menerima 120,300 tontonan itu sudah pasti dipuji oleh warganet kerana idea yang kreatif dan mereka bersyukur dengan idea-idea yang dikongsi untuk ibu bapa di luar sana. Ada juga yang tidak melepaskan peluang membuat untuk anak-anak mereka. Bagus betul!

Sumber: TikTok Mama Shee_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×