Jika dahulu, undangan perkahwinan mestilah melalui kad kahwin yang dicetak dan dikepilkan bersama sampul. Namun, segalanya mudah apabila wujudnya media sosial. Kini kad kahwin boleh dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, email atau pelbagai platform media sosial lain.
VIDEO TUTORIAL
Sirap Limau melalui segmen Macam Mana akan berkongsi tutorial membuat kad kahwin digital menggunakan aplikasi Canva. Tutorial yang ditunjukan adalah mengunakan template percuma dari Canva. Kad kahwin ini berbentuk video undangan pendek, dengan animasi. Bukan kad kahwin PDF ye! Jom tengok!
Baca juga : Panduan Lengkap Proses Perkahwinan Dari A-Z Sampai Dapat Kad Nikah
BOLEH DIOLAH MENJADI KAD UNDANGAN PERTUNANGAN, HARI JADI DAN LAIN-LAIN
Lebih menarik, kad ini boleh dianimasi dengan pelbagai pergerakan dan objek dari template yang disediakan Canva. Rekaan kad boleh ditukar untuk disesuaikan dengan tema undangan. Nak bunga, nak abstrak semua ada!
Selamat mencuba!