Famili

Panduan Lengkap Proses Perkahwinan Dari A-Z Sampai Dapat Kad Nikah

14
SHARES

Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara mudah. Pelbagai perkara perlu diambil kira dan dititikberatkan supaya majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan dimudahkan.

Pelbagai perkara perlu dipersiapkan seperti borang nikah, barangan kahwin dan lain-lain. Jika ada yang terlepas pandang sudah tentunya akan membuatkan bakal pengantin pening kepala dan gusar.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, mari kami kongsikan panduan lengkap proses perkahwinan bermula dari pendaftaran hingga selesai dan sampai dapat kad nikah. Jom baca.

Baca juga: 15 Idea Doorgift Majlis Bawah RM5, Cute & Lain Dari Lain!

PANDUAN LENGKAP PROSES PERKAHWINAN A-Z SAMPAI DAPAT KAD NIKAH

Berikut merupakan cara daftar nikah di Malaysia.

1. Isi borang nikah secara online.

2. Buat ujian HIV di klinik kerajaan yang berdekatan.

3.  Cop imam kariah mengikut kariah tempat masing-masing.

4. Pihak lelaki hantar borang ke PAID daerah untuk dapatkan kenderaan nikah.

5.  Pihak perempuan hantar borang bersama borang kebenaran nikah lelaki ke PAID daerah.

6. Upacara akad nikah

– Selepas akad nikah tok imam & tok kadi akan bagi surat nikah sementara.

*Sila siapkan duit upah untuk jurunikah di dalam sampul.

PROSES MEMOHON KAD NIKAH

1. Bawa surat nikah sementara. (Asal dan juga salinan)

2. Bawa kad pengelanan sendiri, pasangan dan wali.

3. Sediakan duit bayaran sijil nikah.

4. Tempoh siap dalam masa sebulan. Bergantung pada negeri masing-masing.

Sumber: Facebook Adzmil Abdul Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×