Famili

Disney In Concert: Tale As Old As Time Akan Diadakan Di Genting Highlands, Seronoknya!

34
SHARES
Disney In Concert

Pada 6 Mei lalu, Disney In Concert: Live Your Dream telah diadakan di Kuala Lumpur. Sekiranya anda tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, jangan risau kerana Disney In Concert: Tale as Old as Time bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 (Sabtu) di Arena of Stars, Genting Higlands.

DISNEY IN CONCERT TALE AS OLD AS TIME

DISNEY IN CONCERT

Seramai 45 orang pemain muzik okestra akan bersama-sama anda untuk ‘menghidupkan’ kisah-kisah dongeng Disney yang disukai ramai.

Lebih menarik lagi, empat orang penyanyi dari Amerika Syarikat akan membuat persembahan buat pertama kali di Genting Highlands. Wow!

Adegan animasi Disney popular seperti Encanto, Princess and the Frog, Hunchback of Notre Dame, Cars,Pocahontas, Frozen, Beauty and the Beast, Cinderella, The Little Mermaid, Tangled, The Lion King dan banyak lagi akan dipaparkan di skrin sambil ditemani suara lunak barisan penyanyi dan pemain muzik hebat.

Berikut merupakan senarai harga tiket:

  • VIP RM450
  • PS1 RM350
  • PS2 RM250
  • PS3 RM180

Masa tayangan:

  • 5:00 petang

Tempoh:

  • Kira-kira 110 minit (termasuk rehat 15 minit)

Layari rwgenting.com/www.trip.com/my.bookmyshow.com untuk maklumat lanjut. Jadi, apa tunggu lagi? Ini adalah peluang anda untuk dapatkan tiket ke Disney In Concert.

Jumpa anda di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×