Famili

Disney In Concert: Live Your Dream Temui Peminat Malaysia Hujung Minggu Ini!

3
SHARES
Disney In Concert

Berita gembira buat peminat kartun animasi terkenal Disney, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Disney In Concert: Live Your Dream yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. Selepas menjelajah ke seluruh dunia, konsert yang paling dinanti-nantikan ini bakal menemui peminat di Malaysia.

Baca juga: Jangan Lupa Tonton ‘Seindah Kasih The Movie’ Di Aplikasi Tonton Secara Percuma Hingga 30 April Ini!

DISNEY IN CONCERT: LIVE YOUR DREAM

Disney In Concert

Gambar: Trip.com

Acara muzikal ini akan menyaksikan gandingan empat vokalis berbakat dan 46 orang pemain okestra yang diluluskan oleh Disney. Konsert itu bakal diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tambahan pula, terdapat tiga pertunjukan secara keseluruhannya pada 6 Mei dan 7 Mei. Di mana, anda akan dapat mengimbau kembali kenangan watak Disney kegemaran anda, sambil coretan adegan animasi dimainkan pada skrin yang diiringi skor muzik yang mempesonakan.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang yang julung kali diadakan ini! Bagi anda yang berminat, boleh terus melayari laman rasmi my.bookmyshow.com atau Trip.com.

Disney In Concert

Gambar: Trip.com

INFO KONSERT SEPERTI DI BAWAH:

HARGA:

  • RM450 (PS1)
  • RM350 (PS2)
  • RM250 (PS3)
  • RM150 (PS4)
  • RM100 (PS5)

MASA & WAKTU:

  • 3pm and 7.30pm (May 6)
  • 3pm (May 7)

LOKASI:

  • Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

TEMPOH:

  • Kira-kira 110 minit (termasuk rehat 15 minit).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×